Sambutan Hari Raya - Open House 2016 (1437 H)

Tahun ini 1437 H Ramadhan telah berlalu.
Pada 30/7/2016 Sabtu, kami sekeluarga telah bersetuju utk adakan open house di rumah.
Kami telah cuba membersihkan kawasan, Yusof, Aishah & Mariyam telah berusaha sebaik mungkin.

Kami telah dapatkan khemah dgn tema warna biru putih. Cantik sekali scalopnya.. tapi warna biru agak buruk, bila dipasang waktu malam tak nampak buruk, bila dah tengok waktu siang agak sedih, kurang berseri...apa nak buat, terima aje lah...


Kami telah bersetuju utk menu Open house:
Nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam, dalca sayur

meehon soto & pegedil

order utk 120 pax dari caterer Kak Mimi, disyorkan oleh Chef Fazlilawati.

Masak sendiri:

Laksa penang
Cup cake
Rendang ayam

Beli lemang, buah tembikai & pisang. Order kuih bakar kemboja...

Dapat pulak brownies dari adik iparku Nana...

Murah rezeki betul kami... ada saudara mara bawa buah2an dan juga kuih muih...

Alhamdulillah, semua berjalan lancar, sanak saudara & sahabat handai datang bertandang ke rumah kami.
Hujan rahmat telah menyirami rumah kami pada waktu petang.

Walaupun begitu ramai yang dapat datang dan ada juga kaum keluarga yg terperangkap dalam traffic jam dan terpaksa patah balik.
Yang datang waktu malam pun ada juga...

Terima kasih kepada emak ku dan adik2 ku serta adik ipar yg sanggup datang dari BM.

Terima kasih kepada semua...

ALHAMDULILLAH...

Layan gambar2 disekitar Open house kami...













































































































































Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.