Kejayaan anak-anak

November 2013.

Kenangan lalu... tak update dlm blog.


Alhamdulillah, kini anak-anak ku dah mula menjejakkan kaki ke Menara Gading. Masa berlalu begitu pantas sekali. Kini dah nak masuk tahun 2014.

Pada bulan November 2013, pihak MRSM Taiping menjemput kami ibu bapa untuk hadir di Majlis Graduasi Pelajar2 MRSM di Hotel Perdana Taiping, Perak. Yusof telah dinobatkan mendapat Anugerah Emas dari MRSM Taiping utk tahun 2013.

Dengan linangan air mata dan iringan doa buat anak ku Yusof, diatas kejayaan dan ketabahan hatinya menempuh segala dugaan. Yusof telah dipertanggungjawab sebagai Presiden Pelajar di MRSM Taiping. Yusof aktif disana. Selepas beliau berpindah dari MRSM Alor Gajah ke MRSM Taiping, beliau sentiasa sibuk samada dengan pelajaran seharian ataupun dengan aktiviti-aktiviti mewakili MRSM bagi Public Speaker utk subjek bahasa Inggeris. Beliau mewakili MRSM diperingkat kebangsaan.

Tujuan mama letak dlm blog bukan untuk bermegah-megah, tapi untuk kenangan dan untuk menjadikan ianya sebagai motivasi untuk pelajar lain untuk berusaha dan terus maju. Juga untuk memberi semangat pada adik nya.Yusof bukanlah pelajar yang terbaik. Tapi sekadar dalam kelompok pelajar harapan. kami ibu bapa amat bersyukur atas kejayaannya. Kita amat berharap semoga anak2 orang islam maju di bumi Malaysia ini. Supaya dapat terus membantu orang islam maju di negeri sendiri. Bukan hanya melukut di tepi gantang. Kalau anak-anak berjaya, masa depan nya Insya Allah akan berjaya. Moga selamat dunia dan akhirat.

Kini Yusof menyambung pelajaran diperingkat A-Level di Kolej MARA Seremban.
Ku irigi doa buat anak ku Yusof.

All the best & good luck.







Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.