Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Sekali lagi pergi melancong ke tempat yang tidak dirancang..... Best, pengalaman yang amat manis & pemandangan yang indah sekali...

Tiba2 aje husband inform dia kena hadiri Seminar di Korea. Husband offer nak ikut sama tak? Apa lagi macam orang mengantuk disorongkan bantal le... Terus aje cari flight mana yang murah. Tiap hari tengok Air Asia dan juga lain2 flight. Wow!!! mahalnya nak pergi lagi 10 hari. Macam mana ni???? Nak pergi 2 orang, anak bongsu akan ku bawa bersama. Boring nanti bila husband attend seminar tak kan aku nak tidur aje dlm bilik hotel. Mesti nak jalan2.


Last sekali kami dapat tiket flight yg berpatutan tapi kena transit di Hanoi. Transit pun transit lah...

Kami akan naik Vietnam Air & husband naik Korean Air. Tak apalah asalkan boleh sampai. Sebab hotel dah confirm kami boleh tinggal 1 bilik.

Perjalanan kami memakan masa 7 hours flying time. Flight dari KLIA to Incheon. Transit Saigon. Utk makluman semua, walaupun naik Vietnam Air kita boleh request utk Muslim Meal. So kami boleh makan dlm flight. Dapat makan 2X. Dari KL to Hanoi dan dari Hanoi to Incheon. Dalam mengantuk2 pun kami makan juga. Husband aku dari KLIA direct to Incheon.


Kami naik flight dulu dan sampai dulu di Incheon. Sampai di Incheon Airport kami terus cari surau utk solat subuh. Cari punya cari jumpa prayer room tapi ianya untuk Christian & Buddha. Akhirnya lapik sejadah tengok arah kiblat dan solat tepi laluan. Syukur selamat menunaikan Solat Subuh di airport.



Sampai di Airport Incheon, Korea


Kami tunggu husband depan 7Eleven. Bila husband sampai kami sama2 nak KAL Limousine Bus ke hotel. Bas diKorea canggih, tapi tambang pun mahal juga. 16,000 won per one way trip. Bersamaan dgn RM 49.60 seorang.

Kami telah dimaklumkan utk naik bus oleh pihak penganjur.

HOTEL  


Hotel: Sheraton Grande Walkerhill
Address: 177 Walkerhill-ro, Gwangjin-gu, Seoul 143-800, Korea
Tel: +82-2-455-5000



Fax: +82-2-452-6867

ARRIVAL AT THE INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT, KOREA


After the usual immigration, baggage collection and customs clearance procedures at the Incheon International Airport, you need to make your way to bus stops just outside the Passenger Terminal Arrival floor (ground floor).

The most convenient method of transportation from the Incheon International Airport to your hotel is the KAL Limousine Bus, No. 6705 (bound for W Seoul Walkerhill).

KAL Limousine Bus departs from Incheon Airport every 20~30 minutes from 4:53a.m. to 22:46p.m. The fare is 16,000 won per one way trip. You can buy Limousine Bus tickets and get information at the following Bus Ticketing Office: Exit 4 and 9 (indoors) & Exit 4, 6, 7, 8, 11, 13, and 9C (outdoors).
You can take a KAL Limousine bus for W Seoul Walkerhill on platforms 4B or 11A on ground floor 1. The bus service is as follows:

Details
-          Departure point: Incheon Airport
-          Arrival point: W Seoul Walkerhill
-          Travel time: 90 min.
-          Route: Incheon Airport→Lotte World→East Seoul Bus Terminal
→Gwangnaru Station→ W Seoul Walkerhill

Persediaan sekiranya melancong di Korea tanpa tour guide:-

a. Kena download subway application.
b. Mesti plan dan buat homework nak pergi kemana. Buat persediaan.
c. Mesti ada card t-Money utk nak naik bus & subway



Dlm bus KAL Limosine nak ke hotel





 Day 1 di Korea

Alhamdulillah sampai di hotel Sheraton Grande Walkerhill dgn selamatnya. Tapi kami tak boleh check in lagi sebab masih pagi, sampai hotel pukul 10:00 (Msia) makna 11 AM di Korea. Kami simpan barang dihotel, tukar baju dan terus nak shuttle bus ke Subway Gwangnaru Station. Lapar!!! nak cari makanan halal. Lets go to Itewon. 

Selepas ke Itewon kami ke Dongdemun Design plaza.


Dlm shutle bus nak ke Subway station



Muka letih dari KLIA, singgah hantar beg kat hotel dan terus naik subway ke Itewon.


 Ahmad bergambar dihadapan masjid

Duduk mengadap masjid di Itewon


Jumpa kedai Korean Muslim di Itewon, nama kedai Eid.


Owner kedai Eid, Yusof & Nora. Very friendly couple.



Depan kedai Eid.



Seterusnya kami terus melawat Dongdemun Design Plaza & sekitarnya


Cantik sekali design building di Dongdemun Design Plaza. Rekaan yg agak futuristic. Kagum dgn keaadaan sekeliling di Korea. Tempat yang bersih.Orang-orang Korea tertib sekali. Setiap kali naik & turun shuttle bus, driver bas akan sebut "Annyeonghaseyo" dan "Kamsahamida" yang bermakna thank you.










Day 2 Melawat Chenggyccheon Stream.

Kami pagi2 sudah bersedia utk berjalan sendiri. Kami akan naik shuttle bus dan juga Subway. Sudah install Jihachul dalam iPAD. Mudah utk semak perjalanan menggunakan Subway. Kami naik subway dan berhenti di Gwanghamun. Apa lagi terus jalan je mengikut gerak  hati. kami terserempak dgn pelajar Indonesia yang belajar di Korea. Dia tunjukkan jalan ke arah Chenggyccheon Stream. Kagum dengan keaddan disitu. Korea boleh jadikan pemandangan yg indah disekitar sungainya.





















Dlm subway Gwanghamun ada poster actor/actress IRIS

 Seterusnya waktu malam, kami bersiar-siar disepanjang Han River. Cantik sekali dan bersih disekitar sungai. Ada ruang pejalan kaki dan tempat orang ramai beriadah. Untuk sampai ke Han River kami terpaksa tanya pelajar yg lalu lalang sebab kami nampak ada kawasan sekolah disitu.




Selepas bersiar di Han River, kami terus naik shuttle bas ke Techno Mart (TM). Gaya tempat macam Digital mall di PJ. Tak besar sangat tempat shopping ini, tapi okay juga lah. Banya dijual barang2 electronik dan juga handphone. Harga handphone lebuhkurang spt di Malaysia. Bila tanya ianya hanya warranty di Korea. Bimbang juga kalau beli nanti susah nak dapat service kalau ada problem. Jadi, kami lupkan aje utk beli barangan electronic di sini.



Dlm shuttle bus staff hotel balik kerja









Day 3 Melawat Changdeokgung Palace.


 Istana Changdeokgung hebat sekali. Selalu kita tengok dalam drama korea shj. Tapi kali ini dapat masuk dlm Istana nya. Seronok sangat sebab semasa musim luruh, pemandangan amat cantik sekali dengan dau-daun telah bertukar warna menjadi kuning merah, unggu dan sungguh cantik sekali.

Kini hanya tinggal peninggalan istana yang sudag agak buruk. Tapi masih dijaga dgn baik oleh kerajaan Korea. Kita boleh lihat istana ditengah-tengah bandar. Hebat sekali.












Kami melawat Secret Garden dalam istana berkenaan.

Pemandangan yg cukup menarik dengan pohon dan dedaun berwarna-warni. Indah sekali.


Pokok yg telah mencapai usia beratus tahun. Dijaga dgn baik sekali, siap diberi bantuan dgn besi utk terus tegak berdiri.


Bersama pemandu pelancong yg dapat memberi penerangan dlm English.



Day 4 Melawat Sekitar Seoul  dgn Seoul City Tour Bus.

Kami ambil keputusan utk naik sightseeing bus sekitar Seoul. 
Bayar Won 15,000 utk adult dan Won 10,000 utk remaja. Best juga boleh jalan2 sekitar Seoul dari 8:00 AM hingga 6:00 PM. Kami mulakan dari Dongdemun --> Myeong-dong (Shopping District) -->dan sebahagian dari senarai tempat berhenti.











Time table perjalanan bagi setiap hentian.















Kami berhenti di Palace Gyeongbokgung. Gambar di sekitar istana. Kami sampai disana hampir jam 3 PM wak tu Seoul. Ada pertukaran guard. Kami dapat saksikan upacara pertukaran guard. Sebijik macam kita tengok dlm drama Korea. Teruja sebab dalam lihat dgn mata kepala sendiri. Best....












Kami beratur utk pakai baju guard. Lihat lah gelagat kami 2 beranak.








Malam hari kami melawat sekali lagi disekitar Dongdemun  utk mencari souvenir.




Sambungan pergembaraan kami utk Day 5,6,7 & 8 dlm post yg seterusnya.




Comments

  1. Assalamualaikum
    Saya akan ke seoul oktober ni. Mungkin puan boleh berkongsi pengalaman bagaimana puan mencari tempat solat di incheon airport. Puan menunaikan solat selepas @ sebelum melepasi pegawai imigresen.
    Terima kasih
    Shila

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya tentang suhu disana semasa puan pergi ni berapa ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.