Syawal 1435, July 2014

Assalamualaikum,
Setelah sekian lama menghilangkan diri dari berblog, kini kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. Hasrat utk update entry dan berterusan. Moga-moga hasratku akan tercapai. Cayokk..

Kalau nak ikutkan tugas di ofis memang tak habis. Tak pernah sempat nak berblog. Tapi kelebihan berblog ni sebab dapat menyimpan seribu kenangan dan detik-detik manis dlm hidup ini.

Hidup yang singkat ini haruslah diteruskan dan dikendalikan dengan sebaik mungkin. Jika haluan yang dipilih haluan berduri maka jalan pengakhiran juga berduri.
Moga hidupku didunia ini bahagia hingga ke akhirat. Moga aku dan keluarga ku berada dalam Jannah kelak. Semoga ibuku &  arwah ayahku serta kaum keluarga ku kelak sama-sama akan berada di Jannah. Amin.

Sekitar gambar-gambar hari raya pada tahun ini. Adik-adik ku semuanya beraya bersama keluarga ipar. Syukur, suami ku setia bersama ku berhari raya dikampung ku. Semoga arwah ayah & ibu mertua ku aman di sana. Suamiku menumpang kasih ibuku berhari raya. Semoga ibuku Siti Hatijah diberi Allah kesihatan yang berpanjangan. Tak dapat aku bayangkan berhari raya tanpa ibuku. Ya Allah, Engkau panjangkan umur ibu ku. Amin

Gambar-gambar sekitar Hari Raya di rumah ibu kudi kampung, Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam.









Terlebih dahulu ku hulurkan jari sepuluh untuk semua kaum keluarga juga rakan-rakan yang mengenali diri ku. Masih belum terlewat untuk ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri", "Maaf Zahir Batin"

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.