Resepi Daging Goreng Bercili................

Resepi ini kakak ipar ku yg beri. Setiap tahun bila balik raya di Taiping Kak Ton tidak ketinggalan menyediakan juadah ini. Kami akan makan bersama dengan ketupat...

Sedap hingga menjilat jari....

Mari kita cuba sama-sama...

Daging Goreng Bercili

Bahan-bahannya:-
1 kg daging
600 gm bawang merah (dihiris & digoreng)
Kicap manis (cap kipas udang)
Tomato sos
Garam & gula

Bahan utk dimesin:-
10 tangkai  cili kering 
1 inci halia
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar

Cara menyedaikan:-

1. Bawang merah dihiris, goreng sampai kuning.
2. Masukkan bahan yg dimesin, daging yg dihiris nipis, kicap dan tomato sos ke dalam periuk.
3. Masak sampai daging lembut.
4. Masukkan garam & gula
5. Gaul dgn bawang goreng bila hendak angkat.


Terima kasih banyak Kak Ton sebab berkongsi resepi.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.