Posts

Showing posts from November, 2013

Peringatan untuk diri sendiri.

Image
Petikan dari blog www.islamituindah.my.- Terima kasih pada penulis. 
As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut: “Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”. Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: Kamu banyak mengutuk/menyumpahKamu kufurkan kebaikan suami Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya: Ban…

Resepi Daging Goreng Bercili................

Resepi ini kakak ipar ku yg beri. Setiap tahun bila balik raya di Taiping Kak Ton tidak ketinggalan menyediakan juadah ini. Kami akan makan bersama dengan ketupat...

Sedap hingga menjilat jari....

Mari kita cuba sama-sama...

Daging Goreng Bercili

Bahan-bahannya:-
1 kg daging
600 gm bawang merah (dihiris & digoreng)
Kicap manis (cap kipas udang)
Tomato sos
Garam & gula

Bahan utk dimesin:-
10 tangkai  cili kering 
1 inci halia
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar

Cara menyedaikan:-

1. Bawang merah dihiris, goreng sampai kuning.
2. Masukkan bahan yg dimesin, daging yg dihiris nipis, kicap dan tomato sos ke dalam periuk.
3. Masak sampai daging lembut.
4. Masukkan garam & gula
5. Gaul dgn bawang goreng bila hendak angkat.


Terima kasih banyak Kak Ton sebab berkongsi resepi.

GOOD LUCK TO SPM CANDIDATES.

Image
Kini kembali.... kembali....



Sudah sekian lama menghilangkan diri dengan kesibukan tugas-tugas harian, kini dah dapat meluangkan masa untuk berbloging semula...

Hari ini adalah hari yang bersejarah buat anak ku Wan Muhammmad Yusof, first day exam SPM. Pagi pukul 8:00 AM mula dgn paper BM. 
Good luck to all anak-anak yang menduduki SPM. Bertenang dan berselawat selalu, semoga dipermudahkan menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Peperiksaan SPM untuk Yusof akan berlangsung dari 6 Nov 2013 hingga 27 Nov 2013.

Sedara mara yang sama-sama ambil exam adalah Danial, Afiq & Bazilah. Moga semuanya sihat menghadapi musim2 peperiksaan ni. Jaga kesihatan. Anak-anak semua berada di asrama, harap pandai-pandailah jaga diri. Mama & bapak hanya dapat mendoakan dari jauh.

GOOD LUCK FOR YOUR SPM