UPSR Result day!!!

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Mula-mula ingatkan Kementerian Pelajaran akan umumkan pada 12/11/2012. Tapi akhirnya telah diumumkan pada 19/11/12. Apa lagi kami sekeluarga jam 10:00 AM telah berada di sekolah. Wan Ahmad paling tak senang duduk, sekejap rasa nak termuntah dsb. Biasalah ini pengalaman pertama dia nak ambil result..peperiksaan yg besar.

Layan gambar Wan Ahmad bersama kawan-kawan nya....


Debaran masih belum begitu terasa.


Three stooges yang sentiasa bersama.....


Mama & bapak sentiasa bersama untuk memberi sokongan moral... Maknya pun sama berdebar-debar...


Guru besar menyampaikan ucapan. Terdapat perkembangan yang baik untuk SKBSD1 Tahun 2012 terdapat seramai 30 pelajar mendapat pencapaian cemerlang 5A.


Guru kelas mula memanggil nama pelajar ikut alphabet... Wow... Wan Ahmad jenuh berdebar nak tunggu cik gu panggil namanya...


Sekejap senyum sekejap diam.... macam-macam kerenah dia...


Akhirnya.... anak ku Wan Ahmad Ibrahim dapat 5A... Congatulation to all of you.... Wan Ahmad, Haziq Hakimi & Fazzmir Hakimee.



Syukur, usaha dan ketabahan telah Allah kurniakan kejayaan. Bersyukur pada Allah atas segala rahmat & limpah kurnianya. Kepandaian & kecerdikan adalah dari Allah. Ia hanya pinjaman buat anak-anak. Ingat pandai adalah pinjaman dari Allah. Jangan sonbong & bongkak.




Semoga anak-anak semua berjaya dunia & akhirat. Ahmad, ingat pesan mama. Ini adalah permulaan... ingat cabaran dimasa hadapan akan lebih lagi. Berusaha tangga kejayaan.

Congatulation Wan Ahmad - 5A. Mama amat berbangga dengan semua anak-anak mama... Thank you Allah. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.