Kunjung Jagaan Pusat OKU Nur

Salam Ramadan, 


Pada 31 Julai 2012 bersamaan 11 Ramadan 1433, aku & kawan-kawan office ku telah mengunjungi Pusat Jagaan OKU Nur di Tasik Titiwangsa, KL untuk meninjau keadaan penghuni serta keperluan pusat jagaan berkenaan.



Kunjungan kami di sambut ceria oleh Linda, salah seorang penghuni Pusat Jagaan OKU Nur. Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap mereka memandangkan amat jarang-jarang sekali ada pihak yang datang berkunjung ke pusat jagaan berkenaan. Penghuni di pusat jagaan ini terdiri dari OKU mental, warga emas dan juga OKU pekak & bisu. Warga emas yang menghuni pusat jagaan ini tidak lagi mempunyai waris dan mengharapkan Pn Normah yang merupakan pengasas pusat jagaan ini untuk menjaga mereka.




                                              Dibahagian hadapan rumah Pusat OKU Nur.


Pn Normah turut dibantu oleh seorang pembantu yang dibayar gaji dan juga 3 orang OKU pekak & bisu yang telah dididik menguruskan kerja-kerja rumah. Oleh kerana kebanyakan penghuni pusat jagaan OKU Nur adalah OKU Mental (terencat akal), mereka memerlukan bantuan dalam menguruskan diri sendiri seperti mandi, memakai diapers, baju, makan, minum dan sebagainya.  

Menurut Pn Normah, rumah yang dijadikan sebagai pusat jagaan ini adalah di sewa dari orang perseorangan yang mana sewa bulanannya adalah sebanyak RM 3000.00 tidak termasuk bil air dan elektrik. Sebelum ini mereka menumpang sementara di Rumah Titian Kasih yang merupakan rumah anak-anak Yatim dan ibu tunggal di kawasan berhampiran dan pernah juga menyewa di kawasan Dato’ Keramat. Selain dari perlu membayar sewa rumah dan bil-bil, Pn Normah turut membayar ansuran pembersih udara COWAY yang amat diperlukan untuk warga emas yang terlantar sakit. Bayaran bulanan bagi pembersih udara ini adalah sebanyak RM600 sebulan untuk 2 unit.
Kini terdapat seramai 25 orang penghuni tetap yang terdiri daripada 5 lelaki dan 20 perempuan. Pusat jagaan ini masih dalam proses pendaftaran. Oleh sebab itu, pusat jagaan ini tidak mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sumber kewangan pusat jagaan ini adalah dari bantuan orang ramai dan juga dari penghuni yang mendapat bantuan individu dari Baitulmal.

Pusat Jagaan OKU Nur adalah sebuah pusat penjagaan OKU dan warga tua yang memerlukan jagaan rapi dengan penuh kasih sayang. Konsep OKU Nur lebih kepada kekeluargaan supaya penghuni di sana tidak merasa terpinggir dari keluarga walaupun kebanyakan mereka tiada ibu dan ayah. Mereka memerlukan perhatian dan sokongan dari kita semua untuk meneruskan kehidupan seharian.

Adalah menjadi harapan agar kita semua dapat membantu meringankan beban warga Pusat Jagaan OKU Nur samada dengan wang ringgit atau pun tenaga. Sekiranya tidak mampu dengan wang ringgit bolehlah tuan/puan menderma keperluan harian seperti baju terpakai, t-shirt, track bottom, langsir dan sebagainya. Mereka juga amat memerlukan mesin basuh bantal dan tilam yang bersarungkan PVC dan juga diapers untuk orang dewasa.

Dilampirkan bersama gambar-gambar yang diambil disekitar rumah Pusat Jagaan OKU Nur untuk renungan bersama. Marilah kita sama-sama membantu Pusat Jagaan OKU Nur. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Sebahagian penghuni di hall rumah berkenaan.


Nana yang begitu manja sekali dengan Pn Normah.


Nana minta tolong hantar balik kampung. Dia nak beraya dengan maknya di Terengganu.

Salah seorang penghuni yang terlantar, kesian kami melihatnya..... sedih sekali...


Dibelakang, Fatimah & Timah, kembar yang OKU pekak & bisu yang menjadi pembantu Normah.



Kesian mak cik-mak cik ni mereka tak bercakap, hanya tersenyum & termenung. Yang di tepi tidur dari mula kami sampai hingga kami balik...


Mak Cik Noriah yang sentiasa tersenyum... gembira sebab ada yang menziarahi mereka.



Linda, yang sentiasa tersenyum dan minta bawa ayam goreng & keropok... Dia panggil Kak Normah "mama". Dah berumur, tapi pemikiran masih macam kanak-kanak.


Nana, yang sentiasa senyum, walaupun terencat akal, masih boleh berdoa dan masih ingat pada ibunya. 






Along, suka dapat tengok TV... dia tak bercakap sepatah pun... tapi sentiasa berada depan TV...


Sambil dengan penerangan dr Pn Normah.


Salah seorang warga emas yang perlukan perhatian Pn Normah.



Salah seorang warga emas yang temui. Kesian Mak Cik ni, dia gembira sangat kami datang..






Kami kusyuk mendengar Normah menerangkan tentang warga emas yang dijaganya.


Mereka perlukan tilam yang di bungkus dengan PVC untuk mengelakkan dari terkena air kencing & najis. Agar lebih tahan.

Kami dengan sebahagian dari penghuni Pusat OKU Nur.

Dibulan Ramadan yang mulia ini marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan. Semoga segala bantuan dari kita akan dapat meringankan beban Pn Normah dan juga penghuni OKU Nur. Mudah-mudahan sumbangan yang kita hulurkan akan diberkati dan mendapat balasan yang baik didunia dan akhirat. Semoga dengan melaksanakan kerja-kerja amal ini akan mendekatkan diri kita pada Allah dan menjadikan kita manusia yang sentiasa bersyukur dangan pemberian Nya. Amin. 

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).” – Surah AlBaqarah; Ayat 215

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.