Baking Day!!!

Ramadan #16, 1433 bersamaan 5 Ogos 2012.

Hari ni hari Ahad, memang aku dah bercadang untuk nak bake biskut raya. Awal pagi lagi aku dah sediakan bahan-bahan untuk biskut raya. Memang tiap-tiap tahun tidak ketinggalan biskut kegemaran suami ku & anak-anak ku kami akan buat sendiri sebab tak ada dijual di kedai.

Antara biskut kegemaran suami ku adalah biskut Quaker Oat, ini resepi turun temurun. Biskut yang diwarisi oleh keluarga suami ku. Aku belajar dari Kakak ipar ku... nasib baik jadi biskut ni walaupun pada asal resepinya main ikut sukatan, guna tin dan tidak sukatan metrik. Lega... sebab setiap tahun aku buat menjadi je... tapi bila bab manis ni, tahun ni kena kurang manis sikit... bimbang family suami ku ramai yang ada penyakit diabetic.

Biskut ke 2 adalah kegemaran  Ahmad, setiap tahun dia minta biskut Samprit Indonesia. Aku selalu kata biskut ni aku serik nak buat sebab betul-betul menyiksa. Bila nak tekan acuan samprit ni memang letih, lepas tu bila bakar dah cantik, bila nak keluarkan dari loyang... patah pula... tapi kini dah pandai dah sikit... masalah ini dah tak berlaku lagi....

Biskut ke 3 adalah biskut Butterscotch.. sedap juga, biskut ni akau baru cuba... sedap juga le...


Hari ni suami ku juga nak makan Chicken Grill... Jadi lintang pukang lah kami masak untuk berbuka pula....Tapi akhirnya siap juga Chicken Grill 1 ekor, Mushroom soup, roti & vege.

Lepas tu Aishah pula sibuk nak buat pavlova, jadi juga kat dia...

Layan gambar-gambar ....






















Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.