Selamat Bertunang - Alya & Mie

Semalam 22/4/2012 hari yang penuh bahagia buat keluarga Yong, kami sekeluarga telah berkumpul di rumah Reza untuk sama-sama meraikan majlis pertunangan Alya.

Majlis yang sederhana tapi meriah. Setelah sekian lama aku tak mengubah hantaran, tapi kali ini aku dan kakak ipar ku yang lain dengan sukarela membantu membuat gubahan. Sentuhan seni bakat terpendam maka inilah hasilnya....


Bergambar bersama dengan barang-barang hantaran.

Kek fondant ku tempah dengan kawan ku Norli.. Thank you Norli, cantik sekali keknya.

Buah-buahan yang dimasukkan dalam bakul.


Parfumes yang dimasukkan dalam dulang.


Gubahan sejadah dan songkok.


Gubahan kain yang paling senang, aku gulung & ikat riben aje...


Gubahan untuk wallet & belt.

Gubahan biskut london almond dalam bakul.


Gubahan kasut diikat riben.


Gubahan biskut tart nenas dalam bekas kaca.


Wajah Alya yang manis sekali...
Alya bersama dengan kawan-kawannya..

Pulut kuning & rendang daging digubah oleh Datin Zainab...



Suamiku ditugaskan menjadi jurucakap majlis...
Selamat bertunang buat Alya & mie. Semoga selamat ke jinjang pelamin. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.