Posts

Showing posts from April, 2012

Selamat Bertunang - Alya & Mie

Image
Semalam 22/4/2012 hari yang penuh bahagia buat keluarga Yong, kami sekeluarga telah berkumpul di rumah Reza untuk sama-sama meraikan majlis pertunangan Alya.
Majlis yang sederhana tapi meriah. Setelah sekian lama aku tak mengubah hantaran, tapi kali ini aku dan kakak ipar ku yang lain dengan sukarela membantu membuat gubahan. Sentuhan seni bakat terpendam maka inilah hasilnya....


Bergambar bersama dengan barang-barang hantaran.
Kek fondant ku tempah dengan kawan ku Norli.. Thank you Norli, cantik sekali keknya.
Buah-buahan yang dimasukkan dalam bakul.

Parfumes yang dimasukkan dalam dulang.

Gubahan sejadah dan songkok.

Gubahan kain yang paling senang, aku gulung & ikat riben aje...

Gubahan untuk wallet & belt.
Gubahan biskut london almond dalam bakul.

Gubahan kasut diikat riben.

Hari Anugerah Cemerlang MRSM AG

Image
Hari Anugerah Cemerlang MRSM AG, kami sekeluarga pagi-pagi lagi dah bertolak pergi ke Alor Gajah. Yusof dah balik semalam dari Taiping.
He is looking forward nak jumpa kawan-kawan dia dari AG. Maklumlah dah 3 tahun lebih dia tinggal di AG. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat membesar & tempat mencari ilmu. Guru-gurunya lah tempat dia bermanja. Terutamanya Guru homerromnya Cik Nooraini. Terima kasih yang tidak terhingga buat guru-guru di MRSM AG dan juga sekalung tahniah buat En Satari atas usaha beliau menerajui MRSM AG.

Kisah Yusof ni rupanya, agak terkenal di MRSM AG. Sampai aje kat pintu pagar Pak Guard, dah ade budak-budak yang jaga dekat pintu pagar menjerit-jerit bila nampak Yusof... Terkenal sungguh anak aku ni...

Cik Anis, di kedai Koperasi pun sedih sebab Yusof dah tak ada di AG. Dia sebak bila aku pergi jumpa dengan dia, ucapkan berbanyak terima kasih atas bantuan dia selama ini.
Aku bawa kek untuk dia sebagai tanda terima kasih.

Aku buatkan Yusof dan kawan-kawannya…

Beramah Mesra dengan Ustaz Don

Image
Hari ini (8/4/2012) aku rasa bertuah sebab dapat dengar talk oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid MPH Menara TM @ TM Career & Education Fair 2012 yang dianjurakn oleh TM dari 6-8/4/2012. Ustaz beri talk bertajuk "Find Your Work Life Balance". Ke;as gitu Ustaz cakap orang putih...
Lepas talk tu apa lagi aku dan anak-anak ambil peluang minta Ustaz Don sign authograf le....Ini lah hasilnya...



Betul apa yg disebutkan oleh Ustaz, seimbang perkara dunia dan akhirat adalah sesuatu yang sukar. Untuk berjaya dalam ke dua-dua dunia ini perlukan ilmu. Kita harus belajar dan terus belajar supaya kita dapat berjaya di dunia & akhirat.





Pesanan ustaz, sesuatu yang dibelanjakan kepada ahli keluarga adalah amat baik sekali dan harus diberi keutamaan. Dengan kata lain dengan ahli keluarga jangan kedekut.


Anak-anak ku ada ikut bersama, Wan Ahmad & Wan Mariyam. Untung Wan Ahmad dapat salam dengan Ustaz Don. Dapat signature Ust Don dan bergambar dengan beliau...



Yang paling anak-anak aku…