Istilah makanan?? Makan.... Makanan Suci? Halal?

Salam semua,
Setiap hari kita makan....kalau kita puasa pun kita akan bersahur, kita tak pernah tak makan. Kalau kita sakit pun kita tetap akan makan, perlu makan walau sedikit sebab nak makan ubat. Pendek kata kita tak pernah tak makan.... dari pagi celik mata sampai kita nak tidur malam pun kita akan makan atau minum....

Kali ini terjumpa article dalam facebook di tulis oleh Wira Manir & dikongsi oleh sepupuku ... Dalam article itu ketengahkan pasal makanan... berkaitan BABI. Eloklah kita ambil berat pasal babi ini sebab makanan tidak halal ini terlalu banyak dipasaran walaupun kita berada di negara Islam. Orang kafir sentiasa berusaha untuk menjadikan kita sama seperti mereka. Harap kita sama-sama menjaga diri dan keluarga kita. InsyaAllah.


Istilah makanan?? Kenapa kita TIDAK TAHU??? Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.See More
By: Wira Manir

Semoga maklumat ini berguna kepada semua termasuk diri saya sendiri. Terima kasih pada Wira Manir...

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.