Anak-Anak Ku Permata hati ku....



Indah sekali, pepatah melayu, bila dikaji kenapa anak-anak di sebut cahayamata, memang benar sekali, dengan lahirnya anak-anak ke dunia, ia bagaikan cahaya menyinari kehidupan sebuah keluarga.



Ku dikuniakan Allah dengan sepasang kembar perempuan sebagai anak sulung. Alangkan bahagianya diri ku.... orang lain dapat anak 1 orang, aku terus dapat dua.... berbalui kahwin lambat, terus dapat double... Mak aku juga terus dapat 2 orang cucu. Inilah dinamakan rezeki. Gambar anak-anak berumur 1 minggu, Aishah disebelah kiri ku & Mariyam di sebelah kanan ku.




Ini gambar Mariyam, semasa kecil, entah apa yg sedang dibuat dengan buku tu... nak baca ke?

Bila ter"open" je file-fail gambar-gambar lama... alangkah indah kenangan masa anak-anak ku kecil dahulu... Bila mereka asyik menangis dan merengek bila demam. Bila kena marah sebab tumpahkan air dan macam-macam lagi....





Gambar ni ketika mereka masih 3 beradik, Ahmad belum lahir lagi...











Gambar Aishah & Mariyam berposing...tengoklah senyum Mariyam tu....





Bila lihat gambar di bawah ni, aku terseyum je, boleh je Yusof baring atas sofa semasa kami semua sibuk nak posing. Inilah gelagat anak-anak. Ini kenangan semasa kami tinggal di Politeknik Shah Alam.



Bila tengok gambar ni nampak sangat semua anak-anak ku kurus sangat, macam tak cukup makan....Aishah terutamanya yang selalu diserang ashma.







Ini Yusof dah keletihan, jaga Ahmad.



Rambut Ahmad.... curly....comel nya dia.... sengih nampak gigi...itulah Ahmad Ibrahim semasa kecil...



Ahmad dah ada gigi....









Gambar Yusof & Ahmad, Yusof jadi pengawas... tengok le... gelap lagi awal-awal pagi Pak Cik driver van datang jemput pi sekolah..





Tenungan mata Ahmad, gerun....








Gambar Yusof makan apa dah tak ingat, agaknya ice cream



kot....comot tapi comel anak mama ni.






Sambut Birthday, sapa agaknya dah tak ingat lagi..






Aishah & Mariyam di rumah Nenek di BM.... Umur 2 tahun...




Ahmad semasa kecil sambil makan kuih....

Semua kenangan yang telah lama berlalu.... gambar-gambar kenangan .... anak-anak ku kini semuanya telah membesar dan kini telah memasuki alam remaja dan dewasa.... Syukur pada Allah sebab masih panjang umur untuk mengikuti perkembangan mereka. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.