Biskut raya...

Diam tak diam dah masuk 24 hari puasa tahun ni. Tak banyak kuih raya yang sempat dibuat tahun ini. Anak-anak semuanya dah tiada di rumah, tak ada pembantu. Jadi masa agak terhad, mana nak kemas rumah, nak lipat baju, basuh baju dan macam-macam lagi la....

Balik je dari kerja sibuk nak masak untuk berbuka, lepas tu bila habis berbuka, nak mengemas pulak. Kemudian berkejar ke Masjid. Bila balik nak basuh kain & sidai kain. Tulah routine ku setiap hari.

Tapi hari ni balik je dari kerja, sambil masak juadah berbuka sempat juga aku pukul gula & butter. Bersemangat nak buat biskut London Almond. Sempat lah gentel separuh adunan untuk masukkan badam. Tapi tak sempat nak bakar sbab nak pergi masjid. Balik masjid selesaikan untuk menggentel dan bakar. Selamat....

Esok acara untuk cairkan chocolate dan salut biskut....

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.