Posts

Showing posts from August, 2011

Biskut raya...

Diam tak diam dah masuk 24 hari puasa tahun ni. Tak banyak kuih raya yang sempat dibuat tahun ini. Anak-anak semuanya dah tiada di rumah, tak ada pembantu. Jadi masa agak terhad, mana nak kemas rumah, nak lipat baju, basuh baju dan macam-macam lagi la....

Balik je dari kerja sibuk nak masak untuk berbuka, lepas tu bila habis berbuka, nak mengemas pulak. Kemudian berkejar ke Masjid. Bila balik nak basuh kain & sidai kain. Tulah routine ku setiap hari.

Tapi hari ni balik je dari kerja, sambil masak juadah berbuka sempat juga aku pukul gula & butter. Bersemangat nak buat biskut London Almond. Sempat lah gentel separuh adunan untuk masukkan badam. Tapi tak sempat nak bakar sbab nak pergi masjid. Balik masjid selesaikan untuk menggentel dan bakar. Selamat....

Esok acara untuk cairkan chocolate dan salut biskut....

Kerja oh Kerja!....

Image
Salam Ramadan buat semua umat Islam....

Kenapalah sibuk sangat kat office ni. Pening kepala aku memikirkan masalah yang timbul. Tak sudah-sudah dari satu masalah ke satu masalah. Aku kini membilang hari untuk pindah ke unit yang lain.....

Bestnya nanti bila dah pindah, tak serabut lagi kepala ku dengan kerenah user. Sebenarnya memang aku diamanahkan untuk berurusan dengan user. Tapi nasib aku memang kena berdepan dengan user2 yang garang dan very demanding.

Sabar... Sabar... Banyak-banyak sabar dan beristifar.

Semoga puasa aku diterima oleh ALLAH dan diberi kesebaran yang tinggi.

Amin