Posts

Showing posts from July, 2011

Kesilapan2 Yg Kerap dilakukan oleh orang Islam di Bulan Ramadhan

Image
Email dari kawanku berkaitan hal ehwal puasa. Ku catitkan dalam blog ku sebagai peringatan buat diriku dan sebagai rujukan masa hadapan.

Kesilapan-kesilapan yang kerap dilakulan oleh orang Islam di Bulan Ramadhan
Oleh
Ust. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :…

Salam Ramadhan Al Mubarak

Image
Terlebih dahulu ku panjatkan kesyukuran pada Allah S.W.T kerana dipanjangkan umurku untuk menempuh bulan Ramadhan pada tahun ini 1432 H / 2011 M.

Mubarak Ya Ramadhan..... Ramadhan datang lagi, dan hari ini seluruh umat Islam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan berpuasa. Kita akan sentiasa merindui bulan yang mulia ini dengan penuh keberkatan lagi barakah.

Ku pohon ampun kepada ibu ku yang tersayang, suami ku dan seluruh kawan-kawan ku samada ku kenali atau tidak. Juga ku ampunkan semua yang ku kenali. Semoga puasa ku tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

Kini kisah keluarga ku, tahun-tahun yang lalu kami berbuka & bersahur beramai-ramai. Tapi tahun ini hanya kami 3 beranak yang tinggal. Anak-anak ku kini dah masuk U dan juga ada di asrama penuh. Pembantu pun dah tak ada, sunyi juga rumah bila bersahur.

Inilah lumrah dunia, kita tak dapat merancang, tapi ketentuan ALLAH mengatasi segalanya. Kita insan haruslah bersabar dan menempuh segala dugaan dengan tab…

Sukan Tahunan Di Sekolah Ahmad

Salam sejahtera.....


Dah lama rasanya tak update blog ku ni...apa tak nya. Sejak tak ada bibik ni baru tahu tak ada masa langsung nak bersantai. tak sempat langsung nak masuk internet kat rumah.


Kat office pulak tuhan saja yang tahu, punya banyaklah kerja. Sampai nak jenguk blog sendiri pun tak sempat. Aleh-aleh dah lama tak update entry.


Semalam, ahad anakku Wan Ahmad ada Sukan tahunan di sekolah. Kesian anak-anak hujan turun selebat-lebatnya. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar selepas hujan reda...


Tahniah !!! Kuat juga Ahmad berlari dapat 4 pingat emas. Kata YDP kepada ku "Oh!!! hebat, maknya mengajar berlari sambil memasak kot". Sebab tu dapat banyak pingat emas.


Dr Azman pula komen "Bagus anak you! Kuat dia berlari..."


Apa lagi Ahmad pun senyum melerek lah dia..... Habis dieritakan kepada kakak-kakak nya dan abang nya. Betapa happy nya dia walaupun kakinya terkehel.


Pada hari Sabtu pulak ada larian 1 Sekolah 1 Malaysia. Ahmad dapat medal juga, dia dapat nombo…