Hujung minggu awal Jun 2011....

Minggu ini kami turun ke Utara. Mula-mula jumpa Aishah kat Gopeng, lepas tu terus ke Butterworth. Apalagi kami semua duduk di rumah mak la.
Mak aku sibuk dengan pi makan kenduri, merata-rata orang jemput makan kenduri.

Semua anak-anak ku berjumpa di rumah mak. Mula-mula ambil Mariyam dan sebelah petang pulak Aishah naik bas dari Gopeng ke Butterworth. Pengalaman pertama Aishah naik bas. Kesian dia. Sampai dapat penyakit gastrik, gara-gara keluar dari matrix pukul 12:15 PM lepas tu pi pulak ke Medan Gopeng, puas tunggu kat sana dah tak ada kawan dan bimbang bas singgah kat mana. Pukul 3:00 PM baru bas datang. Kesian kat dia..... letih tunggu bas dan letih duduk dalam bas. Pukul 6:00 PM baru sampai kat terminal bas di Butterworth.


Tak apalah Aishah itulah pengalaman namanya. Tak merasa sendiri tak tahu... setiap pengalaman itu harus dibayar dengan kesabaran. Insyaallah akan berjaya. tapi kena sabar dan berserah kepada Yang Maha Berkuasa.

Apa lagi projek aku kat kampung, masak untuk makan tengahari & malam.

Kami juga sama-sama tonton wayang di Sunway Cannival Butterworth. Tengok cerita budak-budak "Kungfu Panda 2". Ahmad dan Yusof seronok aje. Kakaknya pun enjoy juga.. Dapat mereka berkumpul sama-sama.

Hari Ahad 5/6/2011 mulalah menghantar anak-anak balik ke kolej. Mula-mula hantar Mariyam, kemudian Aishah. Ya Allah, kenapa teruk sangat traffic jam. Dari Taiping nak pi ke Gopeng saja ambil masa 2 1/2 jam. Itupun ikut jalan dalam. Ramai nya manusia atas jalan raya.... kereta tak bergerak, boleh brek dan tunggu.

Mariyam di depan Asrama Kristal.
Muka kurang happy sebab nak kena tinggal.


Dah lepas hantar Aishah kami harus mengharungi perjalanan dari Gopeng ke KL.... Letih bukan main, dari pukul 3:00 PM di UITM Permatang Pauh. Kami sampai KL pukul 12:30 AM...

Hantar Aishah kat Matrix... muka senyum je, tapi dalam hati tak tahu lah macamana....

Syukur suami seorang yang penyabar, masih boleh drive ikut peraturan. Tak potong queue sebelah kiri.

Hari Isnin 6/6/2011 pula hari menghantar Yusof balik MRSM AG. Dia nak ambil PMR tahun ni apalagi kena masuk awal, cuti 2 minggu tapi dapat cuti hanya seminggu.

Tak apelah Yop.... untuk masa depan, belajarlah rajin-rajin.

Muka Yusof yang tak berapa gembira sebab nak berpisah dengan kakak-kakak nya...

Mama doakan semua anak-anak mama berjaya dunia & akhirat. Banyak-banyak bersabar. Amin...

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.