Al Fatihah....

Assalamualaikum.

Hari ini 10/6/2011, aku terima sms menyatakan seorang kakak yang tinggal di Taman ku meninggal dunia. Alangkah bahagia nya arwah Kak Wan ini. Malam tadi dia masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk bersolat berjemaah di Masjid. Selepas solat Maghrib dan Isyak bersebelahan dengan Kak Midah. Setelah selesai solat, beliau minta izin untuk pulang. Kata Kak Midah arwah memandang dipersekitaran masjid dan terus pulang.

Alangkah terkejut kami semua kariah Sri Damansara sebab kakak ini nampak nya ceria sekali. Tak nampak pun dia sakit, yang kami tahu suaminya Pak Ibrahim yang sakit.

Tapi Allah lebih menyayangi beliau. Arwah dijemput Allah pada Hari Jumaat pagi dan dikebumikan selepas Asar di Kota Damansara.

Semoga roh Kak Wan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.