Projek hujung minggu .....

Hari ni aku tinggal sorang kat rumah....... anak-anak ku yang lelaki adik ku bawa ke Sunway Lagoon pi main air. The girls dah masuk Matrix & U. Suamiku pulak pi outstation ke KB dari Jumaat hingga Ahad. Apa nak kata orang Kelantan kerja hari Ahad. Maka orang KL pun kena kerja lah hari Ahad. Dah nama makan gaji kena redha ajelah....

Untuk meghilangkan keboringan sorang diri, mulalah kepala ku memikirkan apa yang ku perlu buat seharian.
Pagi-pagi lagi aku dah ber'gardening',habis pokok daun kaduk ku kerjakan. Habis ku potong dan tebas sebab dah semakin semak. Kemudian yang jadi mangsa ialah pokok mangga, habis ku cantas batangnya sampai kontot. Geram aku sebab dah lama aku tanam dia tak berbuah... untuk hilangkan gila daunnya...ku cantas sepuas hati. Harap pokok mangga tu sedar kalau dia tak berbuah juga aku ku tebang ia.

Petang pulak aku buat chocolate chips. Best...... dapat 5 balang kecil. Sedap juga... sendiri buat sendiri puji...Boleh lah nanti nak melawat anak-anak boleh bawa bagi kat depa.






Lepas dah selesai buat chocolate chip aku sibuk pulak buat roti butter scotch.


Inilah hasil hujung minggu ku....



Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.