Pesanan 4 - Amalan Sebelum Tidur

Amalan Sebelum Tidur

1. Membaca Al Fatihah - pahala membacanya memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu neraka, dikatakan sama dengan 2/3 al Quran dan 70 kali ganda ayat lain.

2. Membaca Bismillahirrahmanirrahim - dibaca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan kepadanya; setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat.

3. Membaca surah Al Mulk (Juz 29 Surah 67) diberi syafaat dan diampunkan dosa, pahala sama 60 kebajikan dan dijauhi seksa kubur.

4. Membaca surah Az Zumar (Juz 23 & 24 Surah 39)

5. Membaca surah As Sajdah (Juz 21 Surah 32) - diberi naungan dihari kiamat; 60 darjah dari surah lain.

6. Membaca surah Al Hadid ayat 3 (Juz 27 Surah 57)

7. Membaca surah At Taariq (Juz 30 Surah 86)

8. Surah Al Falaq

9. Suah An Naas

10. Ayatul Kursi

11. Al Baqarah ayat 284 - 286

12. Al Kaafirun - menyamai 1/4 Al Quran, akan dilepaskan dari azab neraka.


Sumber dari: Buku "Amalan Harian Sepanjang Zaman" disemak semula oleh Al Ustaz Dato' Hj Ismail Kamus.

Semoga kita sama-sama berusaha untuk mendapat keredaan Allah S.W.T dan diampunkan segala dosa-dosa kita dan diselamatkan kita dunia & akhirat. Semoga dengan amalan ini dapat menyelamatkan kita dari siksaan kubur. Ingat Syurga itu benar Neraka juga benar. Siksaan api neraka amat dahsyat sekali.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.