Pendaftaran anak-anak ke Menara Gading

Kehidupan baru.......
Masa berlalu begitu pantas sekali. Kini anak kembarku dah melangkah keluar untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading.

Betapa dari tapak kaki sebesar 2 jari kini telah besar panjang menjadi gadis remaja. Mulalah anak-anak meninggalkan rumah untuk mula melalui kehidupan yang sebenar. Kehidupan yang penuh mencabar dan penuh liku-liku dan pancaroba.

Letih sekali persiapan untuk mereka masuk U dan masuk Matrikulasi. Walaupun letih sebab 2 hari berturut-turut registration tapi aku begitu gembira sekali. Tahniah buat anak-anak ku, Aishah & Mariyam.

Ingat! Mama dan bapak always love both of you. Remember live is full with challenges. Pengorbanan kamu belajar bersungguh-sungguh telah berhasil. Teruskan belajar dengan bersungguh-sungguh supaya tercapai segala cita-cita kamu berdua.
Mama & bapak doakan anda berdua berjaya....Cayok....

Bila balik ke rumah, bila tengok bilik yang gelap dan kosong, terasa pilu dihati ini. Tapi inilah yang telah semua para ibu alami, bila anak-anak membesar dan keluar dari rumah untuk belajar dan bekerja... tak boleh duduk celah ketiak mak lagi.

Gambar-gambar sekitar pendaftaran Mariyam dan Aishah.

Di Matrikulasi Perak....


Entah apa yang tergambar difikirannya..... serius je.... masam.....




Beratur untuk ambil kunci bilik asrama

Tinggal di asrama Seri Intan



Keluarga Wan Cik turut sama berada dalam bilik asrama... sama-sama kemas barang-barang Aishah. Beruntung Aishah....


Bilik menggosok



AA & family datang memberi sokongan.... Terima kasih banyak2....

Tempat sidai kain baju di Matrik...


Di UTM pulak....





Mariyam dapat asrama Kristal A.

Mak Tok & Oya datang juga....Beri sokongan buat Mariyam...





Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.