Posts

Showing posts from May, 2011

Projek hujung minggu .....

Image
Hari ni aku tinggal sorang kat rumah....... anak-anak ku yang lelaki adik ku bawa ke Sunway Lagoon pi main air. The girls dah masuk Matrix & U. Suamiku pulak pi outstation ke KB dari Jumaat hingga Ahad. Apa nak kata orang Kelantan kerja hari Ahad. Maka orang KL pun kena kerja lah hari Ahad. Dah nama makan gaji kena redha ajelah....
Untuk meghilangkan keboringan sorang diri, mulalah kepala ku memikirkan apa yang ku perlu buat seharian. Pagi-pagi lagi aku dah ber'gardening',habis pokok daun kaduk ku kerjakan. Habis ku potong dan tebas sebab dah semakin semak. Kemudian yang jadi mangsa ialah pokok mangga, habis ku cantas batangnya sampai kontot. Geram aku sebab dah lama aku tanam dia tak berbuah... untuk hilangkan gila daunnya...ku cantas sepuas hati. Harap pokok mangga tu sedar kalau dia tak berbuah juga aku ku tebang ia.
Petang pulak aku buat chocolate chips. Best...... dapat 5 balang kecil. Sedap juga... sendiri buat sendiri puji...Boleh lah nanti nak melawat anak-anak boleh …

Pesanan 4 - Amalan Sebelum Tidur

Amalan Sebelum Tidur
1. Membaca Al Fatihah - pahala membacanya memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu neraka, dikatakan sama dengan 2/3 al Quran dan 70 kali ganda ayat lain.
2. Membaca Bismillahirrahmanirrahim - dibaca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan kepadanya; setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat.
3. Membaca surah Al Mulk (Juz 29 Surah 67) diberi syafaat dan diampunkan dosa, pahala sama 60 kebajikan dan dijauhi seksa kubur.
4. Membaca surah Az Zumar (Juz 23 & 24 Surah 39)
5. Membaca surah As Sajdah (Juz 21 Surah 32) - diberi naungan dihari kiamat; 60 darjah dari surah lain.
6. Membaca surah Al Hadid ayat 3 (Juz 27 Surah 57)
7. Membaca surah At Taariq (Juz 30 Surah 86)
8. Surah Al Falaq
9. Suah An Naas
10. Ayatul Kursi
11. Al Baqarah ayat 284 - 286
12. Al Kaafirun - menyamai 1/4 Al Quran, akan dilepaskan dari azab neraka.

Sumber dari: Buku "Amalan Harian Sepanjang Zaman" disemak semula oleh Al Ustaz Dato&…

Pesanan 3 - Empat Punca Hidup Tidak Tenang

Sambil melayari facebook malam ini aku terlihat satu bahan bacaan dan pengajaran yang amat baik posted by Khalidah.
Empat Punca Kenapa Hidup Tidak Tenang
ASSALAMUALAIKUM ustaz. Saya selalu mengalami tekanan bila berhadapan kerenah manusia sama ada di rumah, di tempat kerja dan anak-anak. Apakah ada petua untuk mengelak tekanan dan menjalani kehidupan dengan lebih tenang? Razak, Pulau Pinang.ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala rasulillah. Ada empat perkara membuat hidup menjadi sukar dan tertekan. Empat perkara itu adalah:Pertama: Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.Amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: “Bismillahi ‘ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkharta wala takkhira ma ‘ajjalta (Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirk…

Pendaftaran anak-anak ke Menara Gading

Image
Kehidupan baru....... Masa berlalu begitu pantas sekali. Kini anak kembarku dah melangkah keluar untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading.

Betapa dari tapak kaki sebesar 2 jari kini telah besar panjang menjadi gadis remaja. Mulalah anak-anak meninggalkan rumah untuk mula melalui kehidupan yang sebenar. Kehidupan yang penuh mencabar dan penuh liku-liku dan pancaroba.

Letih sekali persiapan untuk mereka masuk U dan masuk Matrikulasi. Walaupun letih sebab 2 hari berturut-turut registration tapi aku begitu gembira sekali. Tahniah buat anak-anak ku, Aishah & Mariyam.
Ingat! Mama dan bapak always love both of you. Remember live is full with challenges. Pengorbanan kamu belajar bersungguh-sungguh telah berhasil. Teruskan belajar dengan bersungguh-sungguh supaya tercapai segala cita-cita kamu berdua. Mama & bapak doakan anda berdua berjaya....Cayok....
Bila balik ke rumah, bila tengok bilik yang gelap dan kosong, terasa pilu dihati ini. Tapi inilah yang telah semua para ibu alami, b…

HAPPY MOTHER'S DAY

Kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu didunia ini. Dunia istiharkan hari ini adalah hari ibu. Bagi kita kaum ibu, apa yang amat bermakna sebagai ibu adalah kasih sayang anak-anak kepada kita. Bukannya wang ringgit ataupun apa jua barangan atas muka bumi ini. Barangan, hadiah atau kad adalah salah satu cara penghargaan mereka kepada ibu.

Buat anak-anak ku, mama amat menyayangi kamu semua. Belajarlah rajin-rajin supaya anak-anak semua menjadi orang yang berjaya didunia dan akhirat. Jangan sekali-kali lupa mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi apa yang dilarang olehNya.

Buat ibu ku Siti Hatijah, semoga mak diberi Allah kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Amin.