Apam Ragi.


Dah lama tak masukkan resepi masakan dlm blog. Bila selesai masak, tak ada masa pula nak update blog. Tapi hari ni aku akan usahakan juga. cayok....

Resepi kuih apam ni adalah dari salah kawanku. Resepi apam ni perlukan ragi. Dah lama nak beli ragi tapi tak jumpa-jumpa. Hari tu pi tesco ada ternampak ragi, apa lagi tak lepaskan peluang keemasan tu. Ambil lah satu paket. Nak cuba dulu....

Gambar-gambar kuih apam ragi. My first attempt. Jadilah nampaknya.....

Mula-mula ambil nasi 1 1/2 cawan, 1/4 ragi. Nasi mesti sejuk dan ditaburkan ragi keatas nasi. Buat tapai nasi lah.... Biar tapai nasi ni diluar semalaman. Keesokkan harinya masuk dalam peti sejuk.

Bahan-bahan nya:

350 gm tepung beras
200 gm gula
tapai nasi - diblender & ditapis.
secubit garam
1 1/2 cawan air
1 bungkus eno

Campurkan semua bahan iaitu tepung beras, gula, dan tapai kedalam bekas. Biarkan semalaman.

Esoknya sebelum di kukus, masukkan sedikit demi sedikit eno kedalam adunan. Gaul biar sebati.

Kukus selama 15 minit.



Selamat mencuba.... Lihatlah betapa gebu nya kuih apam ini. Anak ku Ahmad gemar sangat makan apam tepung beras ni. Lain kali boleh buat lagi...kalau dah jadi ni boleh lah buat selalu. Selalunya rajin beli kat pasar di Sg Buloh je sebab tak tahu resepi dan petuanya...Kini dah tahu resepi & petuanya boleh buat selalu....

Terima kasih kawan ku Cik Pah.....


Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.