Happy Birthday to my twin.....





Hari ini genaplah usia anak kembar ku 18 tahun. Pejam celik- pejam celik rupanya dah besar panjang anak-anak ku. Wan Aishah & Wan Mariyam kini telah mula memasuki alam dewasa. Macam tak percaya pulak. Kini usia ibunya pun dah ehem ehem... masih muda lagi... muda dalam hati....

Rasanya macam baru lagi anak-anak memasuki sekolah rendah, kini mereka dah selesai dah kini menunggu keputusan SPM. Doa ku semoga mereka mendapat keputusan cemerlang. InsyaAllah semua ini adalah kuasa Illahi, segalanya Qadak & Qadar, kepada Nya lah kita berserah, segalanya datang dari Allah. Kita hanya berusaha dan Allah yang tentukan.

Debaran nya akan lebih terasa pada awal bulan mac.

Hari ini mama tak sempat untuk bake cakes untuk anak-anak. Hanya makan cake dari Secret recipe. Tak pa lah nanti bila bapa dah balik dari outstation kita celebrate bersama...

Ok .... welcome to adulthood life... Life will be more challenging and merrier... That is all about life.......

Mama doakan anak-anak terus berjaya dan juga selamat dunia dan akhirat. Jadilah anak yang solehah dan hormatilah ibu-bapa serta orang-orang tua.

Happy Birthday!!!






Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.