Bercuti di Desaru

Telah sekian lama aku teringin nak bercuti di Desaru. Kini impian ku tercapai. Pemandangan yang cantik cantik sekali. Hotel kami menginap mengadap betul-betul depan pantai.

Subhanallah.... Cantik nya ciptaan ALLAH. Tapi gerun sekali mendengar deruan ombak yang sentiasa berderum tak kira siang atau malam.

Memang berbahaya untuk mandi manda. Pihak hotel mengibarkan bendera merah, tanda "larang berenang". Not save for swimming.

Kami sekadar main-main pasir di gigi pantai. Waktu pagi kami berjogging dipantai dan sebelah petang pula menikmati keindahan alam dengan deruan ombak dan percikan air laut.

Semoga aku dapat mengunjungi Desaru pada lain kali.......Insyallah.......

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.