Perkahwinan Bahiyah... 22/1/2011

Musim kenduri kahwin sekarang ni dah tak payah tunggu musim cuti sekolah. Keluarga Pak Teh dan Mak Teh mengadakan majlis resepsi di Hotel De Palma Shah Alam untuk anak mereka Bahiyah. Kami sekeluarga turut sama dalam majlis berkenaan.

Bagaikan pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan. Tahniah kepada Bahiyah & suami!



Seluruh kaum keluarga dari sebelah pihak Pak Teh dan Mak Teh dari seluruh Malaysia berkampung di Shah Alam. Ada yang datang dari Perlis, Pulau Pinang, Johor, Seremban dan juga yang berada di sekitar KL. Semua berkampung di Shah Alam. Pendek kata, penghuni hotel tu kebanyakkan kaum keluarga kami. Kecil besar tua muda semua ada kat sana.... seronok betul!!!

Untuk melancarkan majlis ini kami sekeluarga telah sepakat saling bantu membantu untuk melancarkan majlis ini. Bukan main lagi dengan rehearsalnya beberapa kali. Tahu ajelah budak-budak kecil pun ada tugas juga...



Anak-anak ku diberi tugas sebagai flower giver.....



Myself with my sis-in-law...


My daughter with Liana

Excited ada, seriau pun ada.... Color tema majlis berwarna biru...



Kamal bersama Ahmad bermain-main selepas selesai tugas masing-masing....



Ahmad dan Lokman....



Aishah & Liyana


Liyana & Aira Khadija...


Anak gadisku... dah besar panjang....



Flower boys & flower giver...


Tengoklah gelagat anak-anak semua.

Sampaikan Kamil tertidur selepas jadi flower boy...... Good boy!! Kesian dia sebab aunty-aunty nya paksa dia buat kerja....


Gelagat dan kenangan di majlis masih lekat diingatan. Entah bila lagi kami semua akan berkumpul macam ni...Kenduri kahwin Bahiyah bukan hanya gathering for wedding, tapi sebenarnya gathering semua ahli keluarga. Happening gitu!!!

Syukur, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.... Alhamdullillah...

Tahniah semua pada anak-anak sebab dapat menjalankan tugas dengan bagus sekali....
Good Job!!! Well done!.

Me and my hubby... sekali sekala melaram....

Akhirkata kami sekeluarga ucapkan "Selamat Pengantin Baru!" pada Bahiyah & Faizul.

Semoga bahagia hingga ke akhir hayat....

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.