Minggu anak-anak kurang sihat...........Jan 2011

Persekolahan bagi Wan Ahmad agak terjejas untuk minggu ini. Dia dah mula demam sejak dari hari Ahad lagi. Kini berlanjutan hingga ke hari Rabu. Dah 3 hari tak ke sekolah dapat MC dari doktor. Dah macam-macam ubat doktor bagi, sehinggakan dah tambah ubat tahan muntah dan ubat batuk yang lebih kuat.

Abangnya yang berada di MRSM pun begitu juga dah mula selsema.

Begitu juga 2 orang kakaknya. Kakak Mariyam dah demam, begitu juga Aishah dah mula sakit tekak. Tak tahulah agaknya dah berjangkit sesama sendiri.

Ku mohon pada Allah swt semoga anak-anak diberi kesihatan yang baik dan juga diberi mereka kesabaran. Anak-anak harus bersabar, ini semua dugaan dari Allah.
Kalau sakit tu tandanya Allah sayang pada kita. Jangan merungut dan haruslah redha dengan segala dugaan yang mendatang.

Sabar itu separuh dari iman.

Insyaallah, dengan izin Allah anak-anak akan sihat semula. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.