Hujan oh Hujan........

Hujan yang turun bagaikan mutiara... masih terngiang-ngiang lagu Allahyarham Sudirman. Hari ini hujan turun dari pagi sampai ke malam, tak henti-henti.
Kain baju memang lah tak kering.

Makan tengahari pun masak simple aje... Koew Teow goreng aje... anak-anak dah tak mahu makan nasi sebab pagi tadi dah makan nasi lemak.

Cuaca begini buat semua orang malas je.... keadaan dalam rumah dingin je.... macam berada kat Frazer Hill pulak...sebenarnya bila hujung minggu cuaca begini sesuai sekali untuk kita berehat.


Rumah ku berdekatan dengan kaki bukit, apa lagi bila hari hujan dapat kedengaran air hujan mengalir dari anak bukit kedalam longkang.... indahnya....air hujan bercucuran di gigi atap begitu juga air hujan mengalir turun dari daun-daun pisang. Terasa macam tinggal di kampung je....


Kami sekeluarga tak kemana-mana, hanya berlegar dan melepak dalam rumah. Tambah pula ada perlawanan Badminton Korean Open... Kami semua penyokong Datuk Lee Chong Wei.

Berdebar perasaan ku bila Chong Wei menentang Lin Dan.

Malaysia Boleh !!! Go Chong Wei!!!

Tapi apa nak buat akhirnya Lin Dan menang. Itulah adat berlawan, ada yang menang dan ada yang kalah.....

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.