Posts

Showing posts from January, 2011

Hujan oh Hujan........

Image
Hujan yang turun bagaikan mutiara... masih terngiang-ngiang lagu Allahyarham Sudirman. Hari ini hujan turun dari pagi sampai ke malam, tak henti-henti.
Kain baju memang lah tak kering.

Makan tengahari pun masak simple aje... Koew Teow goreng aje... anak-anak dah tak mahu makan nasi sebab pagi tadi dah makan nasi lemak.

Cuaca begini buat semua orang malas je.... keadaan dalam rumah dingin je.... macam berada kat Frazer Hill pulak...sebenarnya bila hujung minggu cuaca begini sesuai sekali untuk kita berehat.


Rumah ku berdekatan dengan kaki bukit, apa lagi bila hari hujan dapat kedengaran air hujan mengalir dari anak bukit kedalam longkang.... indahnya....air hujan bercucuran di gigi atap begitu juga air hujan mengalir turun dari daun-daun pisang. Terasa macam tinggal di kampung je....


Kami sekeluarga tak kemana-mana, hanya berlegar dan melepak dalam rumah. Tambah pula ada perlawanan Badminton Korean Open... Kami semua penyokong Datuk Lee Chong Wei.

Berdebar perasaan ku bila Chong Wei menentan…

Perkahwinan Bahiyah... 22/1/2011

Image
Musim kenduri kahwin sekarang ni dah tak payah tunggu musim cuti sekolah. Keluarga Pak Teh dan Mak Teh mengadakan majlis resepsi di Hotel De Palma Shah Alam untuk anak mereka Bahiyah. Kami sekeluarga turut sama dalam majlis berkenaan.

Bagaikan pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan. Tahniah kepada Bahiyah & suami!


Seluruh kaum keluarga dari sebelah pihak Pak Teh dan Mak Teh dari seluruh Malaysia berkampung di Shah Alam. Ada yang datang dari Perlis, Pulau Pinang, Johor, Seremban dan juga yang berada di sekitar KL. Semua berkampung di Shah Alam. Pendek kata, penghuni hotel tu kebanyakkan kaum keluarga kami. Kecil besar tua muda semua ada kat sana.... seronok betul!!!

Untuk melancarkan majlis ini kami sekeluarga telah sepakat saling bantu membantu untuk melancarkan majlis ini. Bukan main lagi dengan rehearsalnya beberapa kali. Tahu ajelah budak-budak kecil pun ada tugas juga...



Anak-anak ku diberi tugas sebagai flower giver.....



Yusof 15th Happy Birthday !!

Masa berlalu terlalu cepat, hari ini anak bujang ku genap 15 tahun. Dah masuk alam remaja anak ku yang seorang ni. Sejak Yusof memasuki sekolah asrama, agak rasa juga kesunyian yang ditinggalkan.
Ketika dia ada di rumah terdengar juga gurauan dan kadanag-kadang gurauan kasar atau bergaduh di rumah. Tapi kini suara garaunya hanya akan kedengaran bila dia pulang bermalam atau pun pulang untuk cuti sekolah.

Happy birthday Yop! Ok kita akan sama-sama celebrate birthday kat rumah ya...

Hope 20/1/2011 will be your memorable date in your life...........

HHHaaaaapppppyyyyyy Biiirrrtttthhhhddaaayyy!!!!!!

May Allah bless you always and remember bapak & mama always love you.

Amin.

Minggu anak-anak kurang sihat...........Jan 2011

Persekolahan bagi Wan Ahmad agak terjejas untuk minggu ini. Dia dah mula demam sejak dari hari Ahad lagi. Kini berlanjutan hingga ke hari Rabu. Dah 3 hari tak ke sekolah dapat MC dari doktor. Dah macam-macam ubat doktor bagi, sehinggakan dah tambah ubat tahan muntah dan ubat batuk yang lebih kuat.

Abangnya yang berada di MRSM pun begitu juga dah mula selsema.

Begitu juga 2 orang kakaknya. Kakak Mariyam dah demam, begitu juga Aishah dah mula sakit tekak. Tak tahulah agaknya dah berjangkit sesama sendiri.

Ku mohon pada Allah swt semoga anak-anak diberi kesihatan yang baik dan juga diberi mereka kesabaran. Anak-anak harus bersabar, ini semua dugaan dari Allah.
Kalau sakit tu tandanya Allah sayang pada kita. Jangan merungut dan haruslah redha dengan segala dugaan yang mendatang.

Sabar itu separuh dari iman.

Insyaallah, dengan izin Allah anak-anak akan sihat semula. Amin.

Tahun Baru 2011

Syukur pada ALLAH, aku masih diberi nafas oleh Yang Maha Berkuasa untuk terus berada di dunia yang fana ini. Kini telah datang tahun masihi 2011.

Tarikh yang mungkin ditunggu oleh ramai bakal pengantin untuk mengadakan kenduri kahwin dan sebagainya.... 01/01/2011 atau ada bayi yang baru lahir akan mendapat nombor kad pengenalan
110101-11-1111.....Apa ada pada angka, sekadar digit untuk mengira. Tapi mudah untuk diingati... tarikh-tarikh penting dalam penghidupan ini....

Happy birthday buat sepupuku ....Jie.....

Selamat Tahun Baru 2011.....

Bercuti di Desaru

Telah sekian lama aku teringin nak bercuti di Desaru. Kini impian ku tercapai. Pemandangan yang cantik cantik sekali. Hotel kami menginap mengadap betul-betul depan pantai.

Subhanallah.... Cantik nya ciptaan ALLAH. Tapi gerun sekali mendengar deruan ombak yang sentiasa berderum tak kira siang atau malam.

Memang berbahaya untuk mandi manda. Pihak hotel mengibarkan bendera merah, tanda "larang berenang". Not save for swimming.

Kami sekadar main-main pasir di gigi pantai. Waktu pagi kami berjogging dipantai dan sebelah petang pula menikmati keindahan alam dengan deruan ombak dan percikan air laut.

Semoga aku dapat mengunjungi Desaru pada lain kali.......Insyallah.......