MAHA oh MAHA 2010

MAHA 2010 dari 26 Nov - 5 Dis .
Kawan-kawan ku di office bercerita tentang MAHA. Aku tak pernah pergi sejak diadakah. Dalam hati teringin juga nak pergi, tapi mestilah Cik Abang setuju nak bawa. Kalau tidak tak ada peluang le...
Akhirnya pada hari sabtu 4/12/2010 suami ku bersetuju nak bawa kami ke sana. Bukan main gembira lagi hati ku...

Awal pagi lagi aku dah ready. Kami sampai di sana pukul 10:00 pagi. Pintu 2 baru di buka. Ya Tuhan !!! traffic jam dah bermula walaupun awal pagi, pagi tu hujan gerimis tapi manusia bukan main ramai lagi.... Semuanya nya queue nak masuk. Bersabar ajelah....



Inilah dia pukulan MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show 2010). Macam-macam ada, tak tau kat mana nak mula. Kawasan nya begitu luas sekali.

Kami bermula dari Gate 2. Bila kami masuk je terus jumpa gerai buah nangka, ya Tuhan besar nya buah nangka... Nangka Madu ni agaknya 40 kilo sebiji.




Bermula dari entrance 1 dan 2. Ada Exhibition area - Hall A, Hall B, Hall C, Hall D1 dan Hall DG.
Kawasan Showgrounds pula ada:

1. MOA Pavilion
2. MARDI Showgrounds
3. 13 states pavilion
4. MARDI/MADA/KADA/BERNAS PADDY
5. FAMA FRUITS STALLS
6. LIVESTOCK Showgrounds
7. MACHINERY AREA
8. AQUACULTURE Showgrounds
9. PINEAPPLE Showgrounds
10. FLORICULTURE Showgrounds

Mak oi! Luasnya tempat ni, ikutkan 1 hari memang tak siap untuk dilawati. Tapi nasib baik disediakan bas dan juga tram. Trektor juga digunakan untuk membawa orang ramai berulang-alik dari Gate 2 atau Gate 1.

Lihatlah gelagat orang ramai yang menaiki tram. Punya lah ramai sehinggakan tayar tram dah kempis.



Dalam bas dan tram sentiasa padat dengan orang ramai.






Bermacam jenis anak pokok ada dijual, yang tak pernah kita jumpa dan dengar pun kita jumpa, salah satu nya adalah seperti anak pokok epal vietnam.




Lihatlah gambar-gambar semasa kami di sana, begitu meriah sekali. Kemudahan asas seperti bilik air dan surau ada disediakan. Tapi kena banyak bersabar sebab terlalu ramai orang. Entah manusia ni semua datang dari ceruk rantau mana pun kita tak tahu....


Terdapat juga tempat jualan makanan. Ada disediakan gerai dan medan selera. Dalam Hall D di tingkat bawah ada disediakan medan selera. Di Medan selera ada macam-macam jenis makanan, dari negeri Selatan, Utara, Timur dan Tengah. Tepuk dada tanya selera.




Di Medan Selera itu ada dijual mee tarik, siap demo oleh Chinese Muslim from China.

Di gerai pula kami makan kambing golek. Satu bekas dijual dengan harga RM 10.00 agak berpatutan.

Kami hanya lawat sebahagian dari tempat-tempat berkenaan seperti Hall D, dan Hall C, FAMA Fruits stalls, LIVESTOCK Showgrounds, binatang kesayangan dan FLORICULTURE Showgrounds.

Pada kawasan pameran livestock kami dapat lihat bermacam-macam jenis kambing dan lembu. Ada juga tempat untuk melelong binatang ternakan. Mari kita tengok lembu dan kambing yang dijual kebanyakkan untuk dijadikan baka.





Pada pameran binatang kesayangan terdapat kucing, arnab dan lain-lain lagi.



Pada kawasan jualan anak pokok, ada bermacam-macam jenis pokok orkid dan anak pokok sayuran. Aku amat terpesona dengan kecantikan bunga orkid. Macam-macam warna dan bentuk. Lihatlah berbagai bentuk, saiz dan warna. Cantik sekali. Sukar untuk digambarkan.






Aku beli anak pokok Vanilla dan anak pokok orkid sahaja.

Di dewan pameran Hall D ada bermacam-macam produk keluaran kaum bumiputera, dari kosmetik, makanan ringan, madu, kodial, satar & keropok leko dan macam-macam lagi. Tak banyak yang aku beli sebab tak larat nak jinjing barang nak angkut ke parking lot. Aku hanya beli sedikit barangan keluaran seperti kicap, sos dan juga bihun.

Berbagai pameran oleh agensi kerajaan, jabatan perikanan, MADA, FAMA dll.


Ikan Kerapu Harimau.


Gamat Emas.


Ahmad bersama dugong.......




Alat untuk kopek kelapa pun ada semasa pameran.


Akhirnya pukul 6:00 petang baru kami keluar dari MAHA, puas rasanya satu hari berada di sana.... letih nya Tuhan saja yang tahu tapi keseluruhan nya kami semua enjoy berada disana.

Ok lah.... yang penting pengalaman Sehari di MAHA....

Kalau ada rezeki jumpa lagi MAHA tahun depan. Yang penting perlu sihat tubuh badan... sebab nak tawaf keliling MAEPS(Malaysia Agro Exposition Park Serdang) tu bukan senang. Harus kuat semangat dan sihat. Insyaallah.... Panjang umur jumpa lagi tahun hadapan .....

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.