Ibadah Korban, di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara



Umat Islam melaksanakan ibadah korban selepas menunaikan solat hari raya Aidil Adha. Pada tahun ini masjid Al-Mukarramah menumbangkan 15 ekor lembu dan 2 ekor kambing. Penduduk Bandar Sri Damansara bergotong royong membantu ketika majlis korban diadakan.




Tak kira kecil atau besar, kaya atau miskin semuanya saling bantu membantu diantara satu sama lain. Inilah berkat bersatu padu dan kesejahteraan sesama umat Islam.



Syukur kita kepada Tuhan kerana telah memberi rahmat dengan dikurniakan umur yang panjang, rezeki yang mewah juga negara yang aman. Dapatlah kita menunaikan ibadah kepada ALLAH dengan sempurna dan semoga bertambah kuat iman kita kepada Nya.

Semoga negara kita terus aman damai agar kita semua dapat melaksanakan ibadah kepada ALLAH dengan aman dan damai. Semoga ALLAH rahmati kita semua dan terima segala ibadah yang kita kerjakan. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.