Hari Raya Aidil Adha 1431 / 2010

Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya kami sekeluarga berhari raya di KL. Kurang lah meriah seperti kat kampung. Kat kampung kalau raya, rumah mak penuh dengan sanak saudara, tapi bila raya kat KL hanya kami saja kat rumah. Tak pa lah.... nak buat macam mana.... kena berkorban lah sikit demi anak-anak..


Gambar kami sekeluarga selepas baru balik dari masjid. Solat Hari Raya Aidil Adha di Masjid Al mukarramah, Bandar Sri Damansara.

Juadah yang dihidangkan pun tak sama macam kat kampung tapi ada lah sikit-sikit. Ada ketupat palas dan rendang ayam kegemaran suami dan anak-anak.



Nasi impit & kuah kacang.




Lodeh untuk lontong.


Juga ada chocolate cake.... saja suka-suka....

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.