Hari Iktifal SRI Az Zahra (7 Nov 2010)

Hari ini Sekolah Agama Ahmad mangadakan acara Hari Iktifal 2010. Demi kerana anak aku terpaksalah bawa Ahmad pergi ke dewan MBPJ untuk acara ini walaupun bapanya belum balik dari outstation. Kesian pulak dia kalau aku tak pergi.

Dia kata dia ambil bahagian dalam sketsa, jadi anak-anak Palastine yang berjuang. Lihatlah dia betapa semangat nya dengan berjubah putih sambil membaling batu ke arah Zionis.... Lihatlah aksi Ahmad sepeti dalam gambar dibawah.



Patutlah kita tanamkan semangat untuk perjuangan ke arah Islam ini. menegakkan keamanan sejagat. Betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia sebab kita ini merdeka dan hidup dalam aman dan damai walaupun ada juga perbezaan agama dan bangsa. Ini semua sebab sifat orang Melayu yang sentiasa bertolak ansur, kalau orang Melayu tak bertolak ansur tak tahulah apa dah jadi pada bangsa lain...

Kawan-kawan baik Ahmad iaitu Najmi dan Irfan pun ada bersama. Mereka ini berkawan rapat sejak dari darjah satu lagi. Aku gembira sebab anak ku dan kawan-kawan amat baik sekali tingkat laku nya. Mereka ini ibarat isi dengan kuku... Irfan dapat hadiah no 3, manakala Najmi pulak dapat hadiah untuk Juara Azan dan Ahmad pulak dapat Anugerah khas Prestasi Pelajar Tahun 4. Ok lah Ahmad, lain kali berusaha dengan lebih keras lagi.... Usaha itu tangga kejayaan.




Terima kasih banyak kepada guru-guru SRI Az Zahra atas kerja keras dan jasa baik guru-guru semua. Hanya ALLAH sajalah yang membalas jasa ustazah semua. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.