Happy Birthday !!


Oh! ya... 24/11/2010, masa berlalu begitu pantas sekali, kini usia ku telah meningkat lagi.... masa tak pernah berhenti berdetik. Hanya kita manusia yang leka... Ku pohon pada ALLAH semoga usia ku tidak dipersia-siakan. Semoga segala ibadah khusus ku kepada Yang Maha Kuasa dan juga kerja-kerja ku di pejabat diterima ALLAH sebagai ibadah.

Tahun ini anak-anak ku sibuk untuk SPM jadi aku dah pesan pada anak-anak jangan buat apa-apa surprises. Yang penting mereka haruslah belajar bersungguh-sungguh kerana usaha merekalah merupakan hadiah paling utama pada ku.

Dalam diam-diam my boys telah sediakan birthday card. Setiap tahun mereka akan cipta sendiri kad birthday. Tak ku sangka budak berdua tu berjaya buat kad yang amat cantik dan menarik.

Lihatlah kad yang dibuat oleh Yusof & Ahmad.




Terima kasih pada sahabat-sahabat ku di office. Kad & birthday present serta birthday cake buat ku. Terima kasih banyak-banyak. Ingatan dan jasa kawan-kawan ku amat ku hargai.....


Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan serta keluarga yang memberi ucapan melalui facebook.... Thank you.... moga-moga sahabat-sahabat ku juga dipanjangkan umur juga dimurahkan rezeki.. Amin...

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.