Posts

Showing posts from November, 2010

Happy Birthday !!

Image
Oh! ya... 24/11/2010, masa berlalu begitu pantas sekali, kini usia ku telah meningkat lagi.... masa tak pernah berhenti berdetik. Hanya kita manusia yang leka... Ku pohon pada ALLAH semoga usia ku tidak dipersia-siakan. Semoga segala ibadah khusus ku kepada Yang Maha Kuasa dan juga kerja-kerja ku di pejabat diterima ALLAH sebagai ibadah.

Tahun ini anak-anak ku sibuk untuk SPM jadi aku dah pesan pada anak-anak jangan buat apa-apa surprises. Yang penting mereka haruslah belajar bersungguh-sungguh kerana usaha merekalah merupakan hadiah paling utama pada ku.

Dalam diam-diam my boys telah sediakan birthday card. Setiap tahun mereka akan cipta sendiri kad birthday. Tak ku sangka budak berdua tu berjaya buat kad yang amat cantik dan menarik.

Lihatlah kad yang dibuat oleh Yusof & Ahmad.




Terima kasih pada sahabat-sahabat ku di office. Kad & birthday present serta birthday cake buat ku. Terima kasih banyak-banyak. Ingatan dan jasa kawan-kawan ku amat ku hargai.....


Terima kasih juga kepada …

SPM 2010

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Anak-anak ku menghadapi peperiksaan SPM hari ini. Seperti biasa hari pertama paper Bahasa Melayu. Aku hanya mampu berdoa, semoga Allah sahaja dapat memberi ketenangan kepada mereka.

Kepada semua anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan SPM, ku doakan kejayaan kepada semua pelajar. Banyak-banyak lah berselawat dan jangan panik.

Buatlah yang terbaik sebab anak-anak semua telah belajar dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Selamat Maju Jaya.

Ibadah Korban, di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara

Image
Umat Islam melaksanakan ibadah korban selepas menunaikan solat hari raya Aidil Adha. Pada tahun ini masjid Al-Mukarramah menumbangkan 15 ekor lembu dan 2 ekor kambing. Penduduk Bandar Sri Damansara bergotong royong membantu ketika majlis korban diadakan.




Tak kira kecil atau besar, kaya atau miskin semuanya saling bantu membantu diantara satu sama lain. Inilah berkat bersatu padu dan kesejahteraan sesama umat Islam.



Syukur kita kepada Tuhan kerana telah memberi rahmat dengan dikurniakan umur yang panjang, rezeki yang mewah juga negara yang aman. Dapatlah kita menunaikan ibadah kepada ALLAH dengan sempurna dan semoga bertambah kuat iman kita kepada Nya.

Semoga negara kita terus aman damai agar kita semua dapat melaksanakan ibadah kepada ALLAH dengan aman dan damai. Semoga ALLAH rahmati kita semua dan terima segala ibadah yang kita kerjakan. Amin.

Hari Raya Aidil Adha 1431 / 2010

Image
Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya kami sekeluarga berhari raya di KL. Kurang lah meriah seperti kat kampung. Kat kampung kalau raya, rumah mak penuh dengan sanak saudara, tapi bila raya kat KL hanya kami saja kat rumah. Tak pa lah.... nak buat macam mana.... kena berkorban lah sikit demi anak-anak..


Gambar kami sekeluarga selepas baru balik dari masjid. Solat Hari Raya Aidil Adha di Masjid Al mukarramah, Bandar Sri Damansara.

Juadah yang dihidangkan pun tak sama macam kat kampung tapi ada lah sikit-sikit. Ada ketupat palas dan rendang ayam kegemaran suami dan anak-anak.



Nasi impit & kuah kacang.




Lodeh untuk lontong.


Juga ada chocolate cake.... saja suka-suka....

Hari Iktifal SRI Az Zahra (7 Nov 2010)

Image
Hari ini Sekolah Agama Ahmad mangadakan acara Hari Iktifal 2010. Demi kerana anak aku terpaksalah bawa Ahmad pergi ke dewan MBPJ untuk acara ini walaupun bapanya belum balik dari outstation. Kesian pulak dia kalau aku tak pergi.

Dia kata dia ambil bahagian dalam sketsa, jadi anak-anak Palastine yang berjuang. Lihatlah dia betapa semangat nya dengan berjubah putih sambil membaling batu ke arah Zionis.... Lihatlah aksi Ahmad sepeti dalam gambar dibawah.



Patutlah kita tanamkan semangat untuk perjuangan ke arah Islam ini. menegakkan keamanan sejagat. Betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia sebab kita ini merdeka dan hidup dalam aman dan damai walaupun ada juga perbezaan agama dan bangsa. Ini semua sebab sifat orang Melayu yang sentiasa bertolak ansur, kalau orang Melayu tak bertolak ansur tak tahulah apa dah jadi pada bangsa lain...

Kawan-kawan baik Ahmad iaitu Najmi dan Irfan pun ada bersama. Mereka ini berkawan rapat sejak dari darjah satu lagi. Aku gembira sebab anak ku dan kawan-kawan …

Deepavali.... Rest day for me

Image
Horray..... cuti... hari Deepavali. We are in holiday mood. Nothing much to do at home....oh my garden I have been ignoring my garden for some time.... pokok-pokok bunga semua dah keding-keding dan juga kering. Kurang baja dan kurang air, maklumlah dah lama tak hujan di KL ni.


Pokok yang senang jaga adalah pokok keladi, aku biarkan dia sendiri bukan main segar..... panjang berjela...suka hati engkau lah pokok.... asalkan tak maji dah le...

Pokok janggut pulak susah sangat nak rimbun... nak bubuh baja pun susah hanya harapkan siram air aje...


Pokok bunga keladi putih ni pulak, agaknya dah berbelas tahun umurnya... tak mati tapi tak membesar sangat.... agaknya dia spesis petit kot...



Lihatlah pokok periuk kera atau little pitcher ni, dah panjang berjela, tak sempat nak trim atau nak ikat dia.... tuan dia rajin sangat la ni... inilah jadi nya....



Today is my gardening day in the morning and sewing day in the afternoon. My hubby is not around, he has gone for outstation to Kuching, Sarawak...s…