Kerepek pisang tanduk

Sekarang ni dah habis bulan syawal, tapi rumah terbuka masih diteruskan. Itulah budaya orang Malaysia.

Balance kerepek raya masih ada sikit lagi. Tapi hari ni aku dapat ole-ole dari Johor. Suami ku singgah rumah mak saudaraku di Johor, dia kirim pisang tanduk, bestnya pisang tanduk yang ditaman di kebun sendiri. Fresh from garden, tak payah beli dan ianya ditanam dengan baja organik... sihat je kalau selalu makan bahan mentah dari kebun sendiri.

Apa lagi aku pun berusaha lah buat kerepek, sebab anak-anak dan suami lebih gemar makan kerepek dari makan pisang goreng.

Mak Cik inilah hasil dari pisang tanduk yang mak cik kirim. Terima kasih banyakkkkkk..... lain kali kalau kami pergi Johor lagi nak minta anak pokok pisang tanduk pulak, boleh cuba tanam, samada menjadi macam Pak Cik tanam atau tidak. Tak tau lagilah, berangan nak tanam tu ada le...

Ini dia kerepek pisang tanduk dari Taman Sri Skudai, Johor. Abang, Aji, Iwan & Didi jangan jealous tau....sorry lah tak dapat nak kirim, tengok gambar ajelah....




Hasil dari 4 biji pisang tanduk dapat 2 balang besar kerepek pisang.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.