SYAWAL! OH SYAWAL! 16 Syawal

Tradisi Open House yang diamalkan oleh rakyat di Malaysia amat menarik sekali.
Begitu ramai yang berusaha membuat open house, ada yang kecil-kecilan dan ada yang besar-besaran. Amalan yang mulia ini amatlah disukai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Pantang ada hari cuti, hari Sabtu dan Ahad merata-rata orang buat open house, tak cukup dengan open house dapat pula jemputan kahwin. Seronok betul.... banyak sungguh jemputan. Orang yang buat open house dah semestinya sibuk dan letih. Orang yang kena jemput pun letih juga... dah tak larat nak makan. Hari je saya ada jemputan untuk open house dan juga jemputan kahwin.

Dalam masa sibuk-sibuk nak ready pergi open house rumah kawan, ada pula tetamu nak datang ke rumah, apa lagi macam lipas kudung lah masak nasi sebab orang datang masa lunch hour....
Nasib baik ikan dan ayam ada dalam peti, apa lagi masakan ringkas ajelah yang dihidangkan...Maaf la Kak Minah, tergesa-gesa makan sebab kami terpaksa keluar untuk ke Shah Alam dan kenduri kahwin di Kajang.

Jalan... Oh jalan! kenapa engkau jam... aku dah letih kat atas jalan, dah dekat satu jam atas kereta tak sampai lagi ke Shah Alam. Begitu meriah sekali tol Batu Tiga, mana datang orang ramai sangat ni....semuanya dah hilang sabar, mana dengan traffic jam mana dengan hujan lebat. Sabar... sabar....

Lepas tu kita macam orang sasau mencari rumah Kakak Sepit, pusing sana sini, mana Seksyen 24 ni.... dah hampir 1/2 jam pusing-pusing barulah jumpa rumah nya, selepas telefon tuan rumahnya....Apa lagi kami dihidangkan dengan nasi minyak, roti jala, satay, tidak ketinggalan mini cup cake nya....semuanya sedap-sedap belaka...

Lepas tu kami ke Seksyen 13, jumpa kawan lama suamiku, sama-sama belajar di UK Rosli Md Tan. Keluarga Rosli gembira sekali jumpa kami, suamiku bertukar-tukar cerita dengan Rosli, masing-masing menceritakan hal terkini kawan-kawan lama. Ada yang dah meninggal, ada yang sakit dan tak kurang juga yang dah jadi orang besar-besar. Jadi Prof sanalah, big boss sinilah... macam-macam lagi. Yang pasti, makan lagi... kami dihidangkan dengan nasi himpit dan asam pedas daging, terangkat kami makan.... ada mee goreng la..tak ketinggalan kuih-kuih raya.

Rasa nak pecah perutku walaupun hanya makan sikit-sikit je...

Disebabkan oleh jalan dah jam diserata tempat sekitar Shah Alam, suami ku kata biarlah kami berlegar di sini dulu... Jadi kami singgah pula di rumah Wah & Haidar rumah anak Kak Nun. Dapatlah kami ziarah saudara-mara yang telah uzur disana. Kesian Kak Nun dah tak boleh jalan, dia terpaksa pakai tongkat, tapi tongkat specialnya ada roda. Anaknya pesan dari Australia, begitu convenient sekali. Baguslah dikurniakan anak-anak yang berhati mulia dapat menjaga ibu mereka yang telah tua..

Cukup lah catatan beraya kami bertiga hari ni. Esok ada lagi projek jalan raya.....

Semoga Allah saja yang memberi kesabaran pada setiap umatnya. Aku bersyukur aku masih diberi kesihatan yang baik. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.