RAYA SYAWAL 1431 (2010)


Syawal menjelang lagi... syukur pada yang Maha Kuasa kerana masih diberi peluang untuk berhari raya dengan keluarga tercinta.
Dah lama tak update blog, terlalu busy, sebelum raya, sibuk nak selesaikan kerja yang bertimbun kat office . Kini dah masuk seminggu kita berhari raya, kini sibuk melayan tetamu datang dan juga berhari raya ke rumah sahabat handai.
Kami sekeluarga amat bersyukur sekali sebab semasa dari KL ke Bukit Mertajam dan juga semasa balik ke KL kami tak trap dalam traffic jam. Alhamdulillah perjalanan yang selamat dan smooth.

Really enjoy hari raya tahun ini. Tapi semasa pergi berhari raya rumah Pak Su di Penang pada 2nd hari raya. Allah saja yang tahu, kami trap sebab ada kebel TNB terbakar kat jambatan Pulau Pinang. Apa lagi kami pun bertukar haluan naik ferry la... tapi masih teruk kena trafic jam....
Ramai sungguh manusia nak pergi Penang Island....
Sepatutnya makan tengahari tapi dah jadi makan tengahari lewat petang. Ada yang sampai pukul 3 ptg, ada yang paling lambat dekat pukul 5 Apa nak buat, ....jenuh kebulur...

Gambar-gambar raya 2010

Tahun ini berhari raya dengan mak dan family my brother, Shahril.





Ini bersama ibu ku tersayang. Pn Hajjah Siti Hatijah binti Hj Omar.



Bergambar bersama suamiku.....



Bersama keluarga ku yang tersayang. Kini anak-anakku telah mula masuk ke alam remaja. Cepat sungguh masa berlalu.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri............. Maaf Zahir & Batin.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.