Novel-novel kesukaan ku.......

Hobi baru ke selain dari memasak dan menjahit adalah membaca novel-novel berunsukan keagamaan.


Membaca adalah sesuatu hobi yang sangat bagus. Dah lama aku tak baca buku cerita atau pun apa-apa novel. Selain dari membaca Al Quran dan terjemahannya, kini aku dah mula membaca novel-novel tempatan.

Baru-baru ni anak gadisku ada membeli novel remaja spt Aku Dia dan Coklat...Aku Dia & Gossip tulisan Lily Haslina Nasir. Bermula dari situlah aku pun mula membaca buku-buku novel tempatan.



Seronok pula membaca.... tak boleh berhenti membaca... sampai tengah malam mengadap buku, sekejap terlentang, sekejap meniarap.... macam orang gila, puas husband ku bising-bising.....suruh aku masuk tidur.



Aku amat berterima kasih kepada penulisnya...Pn Lily Haslina Nasir, beliau telah menghadiahkan 2 buah novel kepada ku.


Terima kasih daun keladi......Kalau ada novel baru, nanti saya beli.......

Novel yang dah selesai dibaca adalah Menunggu Cinta Tuhan dan Tuhan Masih Mencintaiku.... Kedua-dua buku ini amat berkesan sekali dijiwa ku...teringat-ingat watak-watak dalam novel berkenaan ... aku suka sangat pada watak Khalida Atikah dan betapa bencinya aku pada watak Nureen....itulah dunia, macam-macam perangai manusia tapi akhirnya kita perlukan ketenangan.... berserah dan kembali pada ALLAH swt. Seronok jalan ceritanya... eloklah siapa yang belum baca, boleh baca buku ini..

Tahniah pada Pn Lily Haslina Nasir.... teruskan perjuangan anda.... menjadi salah seorang penulis terbilang di negara kita.........

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.