Kuih tradisional - Kuih bom


Entah kenapa tiba-tiba teringin pulak nak makan kuih bom. Dah lama aku tak buat kuih ni. Serikkkkkk....Dulu masa buat kuih ni hampir kena minyak muka ku, gara-gara kuih bom ni meletup....

Baru-baru ni balik cuti raya, mak aku buat kuih bom, semua orang enjoy makan kuih mak aku. Mak aku memang pakar masak-memasak. Kalau sebut nasi lemak Mak Jah, satu kampung dah kenal. Dulu bapa & mak aku ada buka warung, jual nasi lemak dan kuih-muih.

Memang tak lupa zaman persekolahan, aku amat gembira, sebelum pergi sekolah mak aku akan masak nasi lemak untuk dijual diwarung, apa lagi kami hari-hari makan nasi lemak.... best. Nasi lemak bungkus mak aku hanya 20 sen satu bungkus.... kelas gitu... mak aku jual nasi lemak ikan bilis.....

Terkenang masa dulu-dulu....Mak aku setiap hari buat kuih karipap, kuih keria, kuih kasturi dan juga tidak ketinggalan kadang-kadang ada kuih bom.



Ahmad sedang menikmati kuih bom.....

Oh Mak!...anak mak dah berjaya buat kuih bom malam ni.... bila goreng tak meletup....Ahmad, Aishah & Mariyam kata sedapppp... kulitnya rasa kenyal-kenyal tapi sedap. Apa taknya lepas goreng semua dah mengadap .... mesti lah sedap sebab panas-panas.

Inilah hasilnya....



Terima kasih mak, atas petua-petua yang diberikan..... malam ni tak sempat masukkan resepi... lain kali lah.... dah malam.... good nite.....

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.