17 Syawal (Ahad)

Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara



Ahad - 17 Syawal, hari ni kami dijemput untuk pergi open house di Masjid Al Mukarramah. Masjid menyediakan branch... jadi kami ramai-ramai pergi bersarapan pagi di masjid. Jumpa jiran tetangga di sana, tak kira bangsa dan agama semua di jemput. Orang Cina dan India juga di jemput, tapi mereka haruslah berpakaian yang sopan ketika berada di sekitar masjid.







Macam-macam makanan disediakan. Bukan sekadar makanan kami juga disajikan dengan nyanyian dari kumplan Nasyid Ikhwan. Kanak-kanak kecil begitu gembira melihat persembahan mereka.





Seterusnya kami ke Putrajaya, singgah di Presint 9, jumpa Mak Ha di rumah anaknya Tan. Kesian Mak Ha, pendengaran agak kurang, kami terpaksa berbisik ditelinganya apabila bercakap, kadang kala aku harus menjerit untuk menyampaikan apa-apa cerita. Itu lah hakikatnya, bila dah tua segalanya telah berkurangan. Aku tak tahu nasib ku di kemudian hari......itulah lumrah alam. Semoga aku diberi kesihatan yang baik berpanjangan.

Lepas tu kami bergegas ke Open House boss husband ku di Presint 13. Makan lagi.... macam-macam ada, tak larat nak makan, hanya minum air dan juga makan murtabak raja... sedap juga ye....Husband ku sibuk berbual dengan kawan-kawannya. Ada yang datang dari Penang, Melaka dan merata tempat seluruh Malaysia....Meriah gitu.....

Kami balik ke rumah berehat sekejap. Seterusnya ke Shah Alam lagi hari ni, rumah Azimah pulak. Dah lama tak jumpa mak Azimah, Kak Yah.... seronok jumpa kawan lama...puas kami bercerita... makanan memang sedap-sedap, Kak Yah ni pandai masak. Ada nasi dagang, lontong spaghetti dll. Ohh sedapnya biskut conflakes ... nak minta resepi lah Kak Yah....

Dah le puas makan, Kak Yah bagi ole-oleh lagi bawa pulang.... itulah rezeki namanya.... terima kasih banyak Kak Yah... lain kali jangan lupa jemput kami lagi....

Jalan-jalan raya kami masih belum habis, seterusnya kami pergi ziarah new born baby.... baby siapa lagi kalau bukan baby Kamilah & Mohsein.

Baby .... baiknya dia, tidur je....dah petang, selesai mandi apa lagi baby pun sedap dibedung, terus tidur je....


Baby, Amin Muhaimin. Comel nya dia....muah muah....sayang dia...



Semoga jadi anak yang soleh, supaya selamat dunia dan akhirat. Amin.....

Tahniah Pak Teh ! Dapat waris cucu lelaki pertama dari keturunan Tuan Hj Umar bin Mat Arshad. Bertambah lagi lagi ahli salasilah keluarga ... jangan lupa update family tree tau....

What a day.... a tiring day but I really enjoy the day... Syukur pada ALLAH dapat ziarah menzirahi sahabat handai dan saudara mara....

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.