Posts

Showing posts from September, 2010

Kuih tradisional - Kuih bom

Image
Entah kenapa tiba-tiba teringin pulak nak makan kuih bom. Dah lama aku tak buat kuih ni. Serikkkkkk....Dulu masa buat kuih ni hampir kena minyak muka ku, gara-gara kuih bom ni meletup....

Baru-baru ni balik cuti raya, mak aku buat kuih bom, semua orang enjoy makan kuih mak aku. Mak aku memang pakar masak-memasak. Kalau sebut nasi lemak Mak Jah, satu kampung dah kenal. Dulu bapa & mak aku ada buka warung, jual nasi lemak dan kuih-muih.

Memang tak lupa zaman persekolahan, aku amat gembira, sebelum pergi sekolah mak aku akan masak nasi lemak untuk dijual diwarung, apa lagi kami hari-hari makan nasi lemak.... best. Nasi lemak bungkus mak aku hanya 20 sen satu bungkus.... kelas gitu... mak aku jual nasi lemak ikan bilis.....

Terkenang masa dulu-dulu....Mak aku setiap hari buat kuih karipap, kuih keria, kuih kasturi dan juga tidak ketinggalan kadang-kadang ada kuih bom.



Ahmad sedang menikmati kuih bom.....

Oh Mak!...anak…

17 Syawal (Ahad)

Image
Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara



Ahad - 17 Syawal, hari ni kami dijemput untuk pergi open house di Masjid Al Mukarramah. Masjid menyediakan branch... jadi kami ramai-ramai pergi bersarapan pagi di masjid. Jumpa jiran tetangga di sana, tak kira bangsa dan agama semua di jemput. Orang Cina dan India juga di jemput, tapi mereka haruslah berpakaian yang sopan ketika berada di sekitar masjid.







Macam-macam makanan disediakan. Bukan sekadar makanan kami juga disajikan dengan nyanyian dari kumplan Nasyid Ikhwan. Kanak-kanak kecil begitu gembira melihat persembahan mereka.





Seterusnya kami ke Putrajaya, singgah di Presint 9, jumpa Mak Ha di rumah anaknya Tan. Kesian Mak Ha, pendengaran agak kurang, kami terpaksa berbisik ditelinganya apabila bercakap, kadang kala aku harus menjerit untuk menyampaikan apa-apa cerita. Itu lah hakikatnya, bila dah tua segalanya telah berkurangan. Aku tak tahu nasib ku di kemudian hari......itulah lumrah alam. Semoga aku diberi kesihatan yang baik berpanjang…

SYAWAL! OH SYAWAL! 16 Syawal

Tradisi Open House yang diamalkan oleh rakyat di Malaysia amat menarik sekali.
Begitu ramai yang berusaha membuat open house, ada yang kecil-kecilan dan ada yang besar-besaran. Amalan yang mulia ini amatlah disukai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Pantang ada hari cuti, hari Sabtu dan Ahad merata-rata orang buat open house, tak cukup dengan open house dapat pula jemputan kahwin. Seronok betul.... banyak sungguh jemputan. Orang yang buat open house dah semestinya sibuk dan letih. Orang yang kena jemput pun letih juga... dah tak larat nak makan. Hari je saya ada jemputan untuk open house dan juga jemputan kahwin.

Dalam masa sibuk-sibuk nak ready pergi open house rumah kawan, ada pula tetamu nak datang ke rumah, apa lagi macam lipas kudung lah masak nasi sebab orang datang masa lunch hour....
Nasib baik ikan dan ayam ada dalam peti, apa lagi masakan ringkas ajelah yang dihidangkan...Maaf la Kak Minah, tergesa-gesa makan sebab kami terpaksa keluar untuk ke Shah Alam dan kenduri kahwin di K…

Novel-novel kesukaan ku.......

Image
Hobi baru ke selain dari memasak dan menjahit adalah membaca novel-novel berunsukan keagamaan.


Membaca adalah sesuatu hobi yang sangat bagus. Dah lama aku tak baca buku cerita atau pun apa-apa novel. Selain dari membaca Al Quran dan terjemahannya, kini aku dah mula membaca novel-novel tempatan.

Baru-baru ni anak gadisku ada membeli novel remaja spt Aku Dia dan Coklat...Aku Dia & Gossip tulisan Lily Haslina Nasir. Bermula dari situlah aku pun mula membaca buku-buku novel tempatan.



Seronok pula membaca.... tak boleh berhenti membaca... sampai tengah malam mengadap buku, sekejap terlentang, sekejap meniarap.... macam orang gila, puas husband ku bising-bising.....suruh aku masuk tidur.



Aku amat berterima kasih kepada penulisnya...Pn Lily Haslina Nasir, beliau telah menghadiahkan 2 buah novel kepada ku.


Terima kasih daun keladi......Kalau ada novel baru, nanti saya beli.......

Novel yang dah selesai dibaca adalah Menunggu Cinta Tuhan dan Tuhan Masih Mencintaiku.... Kedua-dua buku ini amat be…

UPSR (22/9/2010 hingga 24/9/2010)

Hari ni mulanya peperiksaan UPSR. Anak saudara ku Umar akan menduduki peperiksaan ini. Paper hari ni adalah Paper BM 1 & BM 2 juga Maths 2.


Harap Umar dapat buat exam dengan tenang. Jangan gopoh-gopoh.... baca soalan betul-betul biar faham sebelum menjawapnya.
Auntie Long tahu Umar sentiasa cool....

Cayook.... Good Luck Buat Umar dari Auntie Long sekeluarga.

Usaha tangga kejayaan.......

RAYA SYAWAL 1431 (2010)

Image
Syawal menjelang lagi... syukur pada yang Maha Kuasa kerana masih diberi peluang untuk berhari raya dengan keluarga tercinta.
Dah lama tak update blog, terlalu busy, sebelum raya, sibuk nak selesaikan kerja yang bertimbun kat office . Kini dah masuk seminggu kita berhari raya, kini sibuk melayan tetamu datang dan juga berhari raya ke rumah sahabat handai.
Kami sekeluarga amat bersyukur sekali sebab semasa dari KL ke Bukit Mertajam dan juga semasa balik ke KL kami tak trap dalam traffic jam. Alhamdulillah perjalanan yang selamat dan smooth.

Really enjoy hari raya tahun ini. Tapi semasa pergi berhari raya rumah Pak Su di Penang pada 2nd hari raya. Allah saja yang tahu, kami trap sebab ada kebel TNB terbakar kat jambatan Pulau Pinang. Apa lagi kami pun bertukar haluan naik ferry la... tapi masih teruk kena trafic jam....
Ramai sungguh manusia nak pergi Penang Island....
Sepatutnya makan tengahari tapi dah jadi makan tengahari lewat petang. Ada yang sampai pukul 3 ptg, ada yang paling lambat…