Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum,
Selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin & muslimat tak kira kecil atau besar, kaya atau miskin.......

Ketika ini kita mengabdikan diri pada ALLAH s.w.t dengan melaksanakan kewajipan berpuasa. Berpuasalah kita sebagaimana umat-umat yang terdahulu berpuasa.

Harapan semua umat semoga puasa kita akan mendapat keredhaanNya, jangan hanya dapat lapar dan dahaga. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Anggaplah Ramadhan tahun ini adalah yang terakhir bagi kita. Entah bila kita akan dijemput oleh ALLAH s.w.t

Hari ni dah masuk 9 Ramadhan 1431 Hijrah, tak sempat nak update blog, sibuk lah katakan. Bulan Ramadhan ini penuh dengan berbagai-bagai activity.
Beruntung kerja kat TM ni, setiap hari khamis ada ceramah perdana, minggu ini penceramahnya ialah Dr Azahar Yaakub dari UTM. Tajuk ceramah ialah KPI Al Quran di Bulan Ramadhan.

Tersentak diri ku apabila ustaz menyebut kita berbohong pada diri sendiri apabila selesai membaca Al Quran kononnya kita mendapat hidayah.
Betul kata ustaz, selama ini kita hanya membaca Al Quran hanya ikut-ikutan, stereotype je.. Baca bobey-bobey tapi langsung tak tahu makna. Mana nak dapat hidayah.

Perumpamaan seperti kalau seseorang yang bercerita dalam bahasa mandarin, bila orang bercerita pasal sedih ke, suka ke.... kita muka blur je.... sebab kita tak faham...

Jadi moral of the story kita ni dah la tak faham bahasa Arab, macam mana nak dapat hidayat selepas baca Al Quran atau bertadarus. Hanya yang kita tahu nak cepat khatam Quran, megah dapat khatab Quran ... tapi sepatah haram pun tak faham.

Kita harus berubah seperti mana yang disaran oleh Dr Azahar Yaakub, kita baca Quran hatta satu ayat ke atau satu surah ke, lepas tu buka kitab terjemahan, dan baca terjemahan nya. Barulah kita memahami isi kandungan Al Quran yang sebenar-benarnya.

Semoga Ramadhan ini menjadi titik tolak untuk diri ku berubah. Kalau baca Quran mesti ada kitab terjemahan bersama sebagai rujukan.

Wassalam...


Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.