Roti lagi.............Red bean bun dan roti sausage

Kakak ipar ku Kak Esah, nak belajar buat red bean bun.... tapi masa tidak begitu mengizinkan. Abang Brahim tak sihat, baru keluar dari IJN. Semasa dia mendapat rawatan di IJN kami sekeluarga telah pergi menziarahinya.

Aku bawa buah tangan, roti la... sebab aku rasa itulah makanan yang sihat yang sesuai untuk orang yang berada di hospital. Bukan untuk pesakit saja tapi juga orang yang menemani pesakit.

Kini Abang Brahim sudah keluar dari hospital dia teringin nak makan roti, Kak Esah nak belajar buat red bean bun dengan ku... tapi masanya belum sesuai. Nanti bila dia dah ready....kita buat sama-sama ya. Jadi untuk tidak menghampakan mereka, ku hadiahkan sarapan pagi dengan sebakul roti kepada mereka .... Selamat bersarapan & enjoy your breakfast.

Inilah dia hasilnya...



My favorite bun - Red bean bun



Sausage bun - kegemaran Wan Aishah & Wan Ahmad Ibrahim




Roti berinti serunding ikan -



Cheese bun - Bun ini permintaan dari Wan Ahmad Ibrahim... berebut mereka makan roti ni.



Orang berbudi kita berbahasa... Kak Esah selalu ajar aku berbagai resepi dari keluarga Encik ibu mertua ku, tak terbalas budi baik Kak Esah pada ku... Inilah saja secebis dari budinya yang dapat ku bayar....resepinya diajar nya seperti biskut quaker oat, mee kuning dan juga masak lemak tempoyak daun-daun pucuk kampung. Sedapnya makanan-makanan tradisional negeri Perak.

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati...

oh la la.....

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.