Hidangan berbuka hari ke-14 di bulan Ramadhan

Anak-anak dah mula jemu berbuka dengan nasi. Puas fikir nak masak apa pulak. Anak-anak suggest mereka nak makan mee. Oh!! mudah je, kita buat mee bandung Muar. Perencah adami dah ada. Apa lagi teruskan lah hajat berbuka dengan mee bandung.

Lepas sahur awal-awal pagi dah rebus daging dalam presure cooker. 1 jam dah empuk daging. Sebelum pergi kerja dah selesai. Petang nanti hanya nak terus masak.


Inilah dia mee bandung muar, ada daging, udang dan juga telur....bolehlah menjamu selera di rumah tak perlu ke Muar lagi.....


Selamat berpuasa..... terus beramal dan beribadat, buat yang terbaik.

Belum tentu Ramadhan tahun depan bersama kita lagi......Ya Allah panjangkan lah umur ku dan berilah kesihatan yang baik pada ku dan keluarga ku......Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.