Hidangan berbuka hari ke-12 di bulan Ramadhan

Hari ni hari Sabtu, bolehlah fikirkan hidangan yang lebih istimewa untuk keluarga ku... anakku minta nak makan Nasi bukhari.

Nasi Bukhari cara akulah.... biasanya hentam saja, tapi Alhamdulillah tidak menghampakan. Yusof dapat pulang bermalam, juga anak saudara dari Pusat Asasi Sains UM juga datang ke rumah. Jadi hari ni ramai juga ahli keluarga yang akan sama-sama berbuka puasa.

Meriah sekali. Penat masak pun tak apa, puas hati anak-anak dapt makan dengan gembiranya.... Nak keluar makan kat kedai tak berapa gemar, lebih suka santai kat rumah.
Senang, lepas berbuka boleh cepat-cepat ready nak pergi sembahyang Tarawih di Masjid Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara.

Ku sediakan hidangan Nasi Bukhari, Dalca daging, Ayam Bukhari dan juga jelatah timun. Juga tak lupa papedom. Tak ketinggalan suami ku membeli murtabak ayam. Hidangan wajib setiap hari... entah bila anak-anak ku nak jemu dengan murtabak ni.....

Minuman nya seperti biasa, air soya panas & air teh. Kami sekeluarga tak minum air batu. Lebih menyihatkan dan untuk mengelakkan lebih dahaga esok hari.

Inilah dia Nasi Bukhari Ayam.




Dalca daging








Papedom

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.