Hidangan berbuka hari ke-13 di bulan Ramadhan

Pagi Ahad, puas ku fikir apa nak dibekalkan kepada anakku untuk balik ke asrama. Tiba-tiba
Yusof minta dibekalkan blueberry cheese tart. Apalagi aku terus mengadap peti sejuk, terus prepare bahan2 untuk nak buat tart. Nasib baik semua bahan dah ada dalam simpanan.

Tengah hari semua dah siap, dibekalkan Yusof cheese tart dan juga spaghetti bolognese kegemarannya. Kesian pulak dah balik asrama nanti kena makan nasi kawah ajelah.. tak pe lah anak-anak berkorban lah sikit untuk kesenangan di kemudian hari.

Kami bertolak ke Alor Gajah pukul 2:45 ptg. Alhamdullilah selamat sampai di Alor Gajah dan kembali ke rumah di KL sebelum 7:00 mlm.

Inilah dia blueberry cheese tart.


Dah masuk hari ke -12 Ramadhan, sekejap je dah nak hampir 1/2 bulan.

Selamat berpuasa, niat dalam hati nak memperbanyakkan ibadah dalam bulan puasa ni... tapi banyak betul dugaannya. Semoga Allah kuatkan semangat ku... jangan ikutkan hati dan nafsu sebab dalam bulan Ramadhan ni syaitan dah dirantai....InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.