Air soya



Air soya ni adalah minuman kegemaran keluarga ku. Bila tiba bulan Ramadhan, air soya lah menjadi hidangan berbuka puasa selain dari buah tamar dan juga murtabak. Dah jadi sebahagian dari makanan wajib ada atas meja ketika berbuka.

Minggu ni aku nak buat air soya, preparation untuk bulan puasa. Aku nak ajar maid ku buat sebab nanti dalam bulan puasa tahun ini kami tak payah beli lagi. Suruh je dia buat, dapatlah kami berbuka dengan air soya segar dari rumah.

Sama ada nak minum soya panas atau soya sejuk, apa saja pun boleh. Tapi kami sekeluarga lebih suka minum soya panas tanpa ais. Lebih sihat dan lebih sesuai untuk Wan Aishah yang ada penyakit asthma. Juga kena jaga kesihatan, tak lama lagi nak pergi tarawih. Seronoknya Ramadhan dah hampir tiba, syukur pada Allah, dipanjangkan umur Insyaalah untuk dapat berpuasa lagi tahun ini...

Mari kita sama-sama buat air soya sendiri, tak bimbang soal bersih dan juga halal tak halal. Home made air soya ni agak senang cuma agak penat sikit sebab kena kisar dan perah untuk beberapa kali....Juga kena kacau selalu, jangan tinggalkan air soya atas dapur sendirian, kalau dah mendidih macam buat kari, alamatnya masuk dalam bakul sampah le.... dah tak sedap diminum.

Bila dah mula mendidih - segera diangkat dan sejukkan seperti gambar dibawah:-


Bahan-bahan:

Kacang soya - direndam semalaman
Air
Daun pandan
Air gula (masak dan sejukkan)


Cara-cara

1. Kacang soya yang telah direndam dibersihan dan di tos.
2. Masukkan kacang soya dalam blender.
3. Masukkan air sama paras dengan kacang soya.
4. Kisar kacang soya hingga hancur
5. Tapis dengan kain maslin. (Boleh beli dikedai - spt tapisan kopi dikedai mamak)
6. Perah dan masukkan dalam periuk besar
7. Ulang, kisar dan tapis sehingga tiada lagi susu dari kacang soya. Jangan terlalu cair. Buat 3 atau 4 kali shj.
8. Masak air soya dengan api sederhana.
9. Masukkan daun pandan untuk mendapat aroma yang menarik. Terus kacau, jangan tinggal.
10. Bila mula mendidih, terus angkat. Jangan biar memdidih terus, bimbang berlemak & berminyak.
11. Biarkan sejuk.
12. Masukkan air gula.
13. Ready untuk minum...


Selamat mencuba, home made soya bean drink.....

Cukuplah untuk hari ni... lain kali kita buat activity lain pulak.....Good night.... tak sedar dah pukul 12:15 tengah malam... ni tengah rajin nak update blog... selalunya malas je... berbulan-bulan tak update....

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.