Beramal dengan cupcakes.

Menyediakan cake, cupcakes dan muffin serta buat roti adalah menjadi kegemaran saya diwaktu lapang. Selalunya hujung minggu atau ketika ada keperluan dari keluarga atau saudara-mara.

Kali ini saya kena buat cupcakes untuk Charity... Jualan Amal, tak dapat untung banyaklah sebab untungnya akan diberi kepada Badan Kebajikan.

Kawan lama menawarkan kami bertiga untuk menyedaikan cupcakes sebanyak 1000 biji. Pada mulanya kami betiga happy saja sebab untuk menyediakan lebih kurang 333 ke 334 biji adalah masih dalam boleh dipertimbangkan... macam ok lah... rasa macam masih mampu..


Tapi disaat akhir, lain pulak jadinya... dia minta kami sediakan 1500 cupcakes maknanya seorang kena bake 500 biji... Terkejut badak jugalah... tapi sebab nak cari pengalaman, terima jugalah tawaran tu...


Oh!! Bila tengok telur 3 tray, butter 20 ketul, tepung dan gula berlambak-lambak. Terasa dalam hati, aku ni boleh ke buat? Dalam hati risau juga.... mampu ke aku buat ni... dah lah minta tambah last minit tambah lagi dekat 200 cupcakes...... bimbang juga tak tercapai impian...





Dah siap bakar, agak happy lah.... tapi dah pukul berapa ni belum lagi start deco cake...




Alhamdulillah, mula dari pukul 7:00 pagi, akhirnya siap sepenuhnya pukul 12:00 tengah malam...

Terima kasih banyak-banyak pada anak-anak dan pembantu ku... Merekalah tulang belakang ku... Dahlah suami ku terpaksa outstation, dia tak dapat bantu langsung... Nak cari kotak pun aku sendiri... lepas tu dalam sibuk-sibuk tu pergi beli barang tambahan yang tak cukup.... tukar bekas cupcakes, nak guna 2.5 oz, kedai tu beri 2.0 oz...



Betul-betul menduga kesabaran...

Syukur semuanya berjaya diserahkan keesokkan hari nya....



Horay!!!! Permulaan yang bagus... mana tahu lain kali ada rezeki buat cupcakes dengan butter icing lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.