Posts

Showing posts from June, 2010

Mee Bandung Muar..

Image
Pada hari Ahad yang lepas, suami ku teringin nak makan mee bandung muar..... Pes mee bandung Muar dah ada tapi mee kuning nya belum ada....

Suami ku request nak makan mee kuning buat sendiri... yang serononya dah lama tak buat mee kuning. Apa dah jadi dengan machine buat mee tu... takut dah berkarat.Sebab dah lama sangat dia berehat, tersadai dalam almari.

Tapi dah suami minta, digagahkan juga lah buat...As usual anak-anak banyak membantu.
Wan Ahmad selalunya yang rajin menolong...


Tengoklah bagaimana lecehnya nak buat mee kuning sendiri...Yang bestnya mee kuning buat sendiri ni lebih sedap dan yang penting sekali confirm halal...
















Inilah hasilnya.... baguskan...1 kilo tepung dapat 2 1/2 kilo mee kuning....




Alhamdulillah berjaya jua kami makan mee bandung Muar tengah hari 27/6/2010....

Beramal dengan cupcakes.

Image
Menyediakan cake, cupcakes dan muffin serta buat roti adalah menjadi kegemaran saya diwaktu lapang. Selalunya hujung minggu atau ketika ada keperluan dari keluarga atau saudara-mara.

Kali ini saya kena buat cupcakes untuk Charity... Jualan Amal, tak dapat untung banyaklah sebab untungnya akan diberi kepada Badan Kebajikan.

Kawan lama menawarkan kami bertiga untuk menyedaikan cupcakes sebanyak 1000 biji. Pada mulanya kami betiga happy saja sebab untuk menyediakan lebih kurang 333 ke 334 biji adalah masih dalam boleh dipertimbangkan... macam ok lah... rasa macam masih mampu..


Tapi disaat akhir, lain pulak jadinya... dia minta kami sediakan 1500 cupcakes maknanya seorang kena bake 500 biji... Terkejut badak jugalah... tapi sebab nak cari pengalaman, terima jugalah tawaran tu...


Oh!! Bila tengok telur 3 tray, butter 20 ketul, tepung dan gula berlambak-lambak. Terasa dalam hati, aku ni boleh ke buat? Dalam hati risau juga.... mampu ke aku buat ni... dah lah minta tambah last minit tambah lagi…

Makan malam bersama keluarga......

Image
Hari ni Yusof cadang nak makan malam - fish & potato wedges...

Sebelum Yusof pergi ke kursus CSR Rebubg di Trolak esok anjuran MRSM... eloklah makan malam special sikit...next week dia balik dah nak masuk asrama semula...masa tu cuti sekolah dah habis.

Seronok juga prepare makan malam ramai-ramai... anak-anak semua tolong prepare....
Ada yang celup ikan dengan bread crumb, prepare tartar source, coleslaw dan potato wedges...

Inilah dia ikan sebelum digoreng yang telah sedia dicelup tepung dan bread crumb.




Bercuti di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak

Image
Pada cuti sekolah Jun 2010, kami telah melawat Ipoh.... bandar kelahiran Wan Aishah & Wan Mariyam.

Wan Ahmad dan Wan Yusof dah lama minta nak pergi main air kat Lost World of Tambun... pada cuti kali ini kami ambil kesempatan untuk bergembira disana....best juga... bukan sahaja dapat main air tapi dapat melawat Petting Zoo. Mereka dapat bermain dengan binatang yang jinak dan dapat lihat ular dan beberapa binatang lain....yang ada di sana....

Anak-anak bergembira di Lost World of Tambun....

Di depan pintu masuk....bapaknya tak masuk.... hanya kami berlima shj....





























Ahmad menunggang ponny....